web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KTMB Tawar Tambang Percuma 3 Hari Kepada OKU

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 4:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tambang percuma selama tiga hari untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan KTM komuter sektor Lembah Klang dan Utara bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin dalam kenyataan berkata inisiatif itu merupakan tanggungjawab sosial korporat KTMB kepada golongan itu bersempena sambutan Hari OKU Sedunia.

“Pengurusan KTMB berbesar hati menjadikan program khas itu sebagai program tahunan yang akan diadakan pada 16 September dan 3 Disember setiap tahun. Ini sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan sasar itu atas sokongan mereka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi kenyataan sama berkata inisiatif itu selari dengan semangat Keluarga Malaysia yang membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa.

“Setiap ahli keluarga Malaysia akan sentiasa diberi perhatian khusus oleh kerajaan tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Golongan OKU hanya perlu mempamerkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket.

Setiap seorang pengiring OKU juga boleh menikmati tawaran percuma tersebut.

Sebelum ini, golongan itu yang menggunakan perkhidmatan KTM komuter sekitar Lembah Klang, Utara dan KTM Intercity Shuttle Timuran menerima inisiatif MyRail5 yang menawarkan pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad