web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh Aktiviti Pendakian, HSK Tutup Hingga Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 12:01PM

HSK di Semenanjung Malaysia akan ditutup buat sementara waktu berikutan perubahan monsoon sehingga 31 Januari tahun depan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti pendakian di gunung atau bukit yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia perlu ditangguhkan susulan penutupan kawasan terbabit buat sementara waktu, bermula semalam sehingga 31 Januari tahun depan.

Penutupan sementara HSK di Semenanjung Malaysia itu disebabkan perubahan monsoon yang menyebabkan kejadian hujan dan angin kencang tidak menentu di seluruh negara.

Tindakan itu juga adalah sebagai langkah berjaga-jaga, bagi mengelakkan risiko kemalangan terhadap mana-mana individu ketika aktiviti pendakian dilakukan.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid, penutupan HSK membabitkan aktiviti pendakian adalah amalan biasa yang dilakukan pada setiap kali musim tengkujuh melanda negara.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak diuar-uarkan secara meluas kepada orang awam, justeru ia mendatangkan kejutan terhadap ramai pihak terutamanya penggemar aktiviti mendaki.

“Penutupan kawasan HSK bukanlah sesuatu perkara baharu kerana tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan risiko kemalangan kepada orang awam lebih-lebih lagi pada musim hujan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, orang awam yang melanggar arahan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Bagaimanapun Ahmad Fadzil berkata, penutupan itu hanya membabitkan aktiviti pendakian di HSK, dan aktiviti di semua Taman Eko Rimba (TER) masih beroperasi seperti biasa.

“Cuma kami meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan TER untuk mengelakkan kemalangan,” katanya. – Getaran, 2 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar