web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Cedera Ketika Paragliding Di Gunung Kinabalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 11:07AM

Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung ke Taman Kinabalu. - Gambar dari JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Dua lelaki menempuh detik cemas selepas terbabit dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, jurupandu paragliding, 29, dan penumpang, 32, dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan pada lutut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.30 pagi, semalam.

"Sebaik menerima aduan, empat pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) yang sedang bertugas, bergegas ke lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan sedarkan diri di Kilometer 7.5, laluan Summit, kira-kira 1.22 kilometer dari puncak gunung," katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, pemeriksaan kesihatan dan bantuan kecemasan diberikan oleh anggota bertugas sebelum mangsa dibawa turun menggunakan pengusung ke Taman Kinabalu," katanya.

Salah seorang mangsa mendapat bantuan perubatan daripada anggota Bomba.
Salah seorang mangsa mendapat bantuan perubatan daripada anggota Bomba.
Mangsa dibawa turun dari Gunung Kinabalu.
Mangsa dibawa turun dari Gunung Kinabalu.

Ridwan berkata, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan dihantar ke Hospital KPJ Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini, kami tidak menerima maklumat mengenai punca kemalangan.

"Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 3.15 petang, semalam," katanya.

Sementara itu, sehingga jam 8 pagi tadi, tiada sebarang kenyataan diterima daripada Taman Taman Sabah berhubung kejadian tersebut. - Getaran, 1 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad