web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waspada Varian Omicron, Ambil Dos Penggalak - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 2:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan perlindungan diri pada tahap tertinggi dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19, terutamanya varian Omicron yang sudah tersebar ke rantau Asia ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata varian Omicron lebih mudah menular berbanding Delta.

Begitu pun katanya, tahap virulensi varian Omicron yang berasal dari Afrika Selatan itu belum diketahui.

“Kita tahu Omicron mungkin lebih mudah tersebar daripada Delta tetapi kita belum mengetahui keganasannya.

“Apa yang boleh kita lakukan ketika ini adalah sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan juga kebersihan diri,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyarankan orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir dan menerima suntikan mereka.

“Tingkatkan aliran udara di dalam kediaman, pastikan orang tua kita selamat dan ambil dos penggalak apabila ditawarkan,” katanya.

Terdahulu, pakar perubatan tempatan memberi amaran bahawa varian Omicron lebih berbahaya berbanding Delta.

Berdasarkan data awal dari Afrika Selatan menunjukkan ia merebak dengan pantas di mana 100 kes dikesan awal November dan lebih 1,200 kes pada minggu akhir November.

Jadi, kebanyakan ahli sains menjangkakan kebolehan Omicron untuk merebak seperti varian Delta adalah sangat tinggi.

Varian itu turut menunjukkan bilangan mutasi yang tinggi iaitu sebanyak 32 mutasi ‘spike protein’ virus SARS-CoV2 berbanding Delta sekitar lapan mutasi sahaja. - Getaran, 30 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: Kes Aktif Varian Omicron Bergejala Ringan - Pakar Perubatan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad