web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Sayur Naik Mendadak Di Sarawak, Kerajaan GPS Gagal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 1:58PM

Kenaikan harga sayur di Sarawak dilaporkan adalah yang paling tinggi dalam tempoh 30 tahun ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) mengawal harga sayur di negeri itu ketika rakyat mula membina ekonomi dan perniagaan dalam usaha bangkit daripada pandemik wabak COVID-19 amat mengecewakan.

Ketua Wanita PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, kenaikan harga sayuran ketika ini adalah yang paling tinggi dalam tempoh 30 tahun, dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut beliau, senario tersebut adalah tanda aras terhadap kegagalan kerajaan yang dilihat masih tidak berupaya menjalankan urus tadbir dengan baik.

“Ini membuktikan kerajaan negeri Sarawak masih gagal dalam tanggung jawab untuk menjaga kebajikan rakyat, khususnya dalam memastikan semua keluarga di negeri ini mampu memperolehi makanan yang sihat dan seimbang.

“Baru-baru ini saya telah mendengar rintihan peniaga berkaitan kenaikan harga sayur-sayuran secara mendadak. Isu tersebut telah memberi kesan kepada peniaga yang terpaksa menjual mahal dan memborong dengan harga tinggi,” katanya hari ini.

Zulhaidah Suboh
Zulhaidah Suboh

Zulhaidah berkata, keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarga di seluruh negeri, apatah lagi saat kesengsaraan ekonomi masih terasa dek pandemik COVID-19.

“Di saat rakyat berdepan kesengsaraan dan beban kewangan yang masih belum pulih akibat COVID-19, mereka terpaksa pula menanggung kenaikan mendadak harga sayuran dan sejumlah besar bahan mentah. Ini merupakan tindakan menekan rakyat secara langsung,” katanya.

Jika situasi ini berterusan tegas Zulhaidah, ia sangat memberi kesan kepada semua golongan khasnya 40 dan B40.

“Yang tidak terkesan hanyalah kumpulan kayangan dan pemerintah elit dengan kehidupan serba mewah serta penuh selesa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, merujuk semula lima strategi yang tertera di laman portal rasmi kementerian berkenaan.

“Ini demi kebaikan rakyat dan Malaysia yang lebih efisyen. Sebagai sebuah kerajaan bertanggung jawab menjaga kebajikan rakyat, KPDNHEP harus prihatin dan peka terhadap permasalahan akar umbi

“Mereka perlu mengambil tindakan segera untuk mengawal harga barang makanan dan sayuran,”katanya.

Mutakhir ini majoriti netizen menzahirkan rasa kecewa apabila harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasaran naik sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Kenaikan tersebut turut berlaku ke atas beberapa bahan mentah seperti ikan, ayam dan telur. – Getaran, 29 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad