web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Belum Putuskan Dos Penggalak Sebagai Syarat Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 7:21AM

KKM masih menjalankan kajian berdasarkan pengalaman negara lain yang telah menetapkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum memutuskan dos penggalak sebagai syarat untuk seseorang individu itu dikategorikan telah lengkap menerima vaksinasi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat kajian berdasarkan pengalaman negara lain yang telah menetapkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi.

“Pakar-pakar juga sedang mengkaji keberkesanannya dan mereka akan membuat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B).

“Kalau kita dapati kes meningkat, kemasukan ke hospital dan kematian juga meningkat disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap ialah penerima series primer dan juga dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan sama…tetapi (sekarang) belum lagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani bertajuk ‘Dos Penggalak Jadi Perisai’ yang disiarkan menerusi Astro Awani, malam tadi.

Khairy berkata buat masa ini kerajaan mengiktiraf vaksinasi lengkap bagi individu penerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer yang tiada masalah kesihatan.

Beliau berkata Malaysia mungkin berdepan dengan gelombang baharu COVID-19 sekiranya liputan pemberian dos penggalak itu tidak disegerakan.

“Kalau liputan dos penggalak tidak tinggi macam liputan (pemberian vaksinasi) dos pertama, kedua yang (menjadi) antara terbaik di dunia...kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian akan meningkat,'' katanya.

Beliau berkata Israel pernah berdepan dengan gelombang ketiga meskipun telah menyelesaikan vaksinasi dalam tempoh yang pantas.

''Israel, mereka mungkin negara terpantas selesaikan vaksinasi, apabila selesai vaksinasi dos pertama dan kedua kes dan kematian menurun, ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi.

''Namun, selepas melihat terdapatnya kumpulan yang tidak mengambil vaksin dan melihat kepada penurunan keberkesanan vaksinasi hingga tercetusnya gelombang ketiga, mereka (Israel) percepatkan pemberian dos penggalak dan hari ini (kes) menurun balik…jadi negara awal ini menjadi 'leading indicator' tentang apa perkembangan yang perlu kita sediakan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata daripada lebih 1.7 juta dos penggalak jenis Pfizer yang telah diberikan di negara ini, sebahagian besar kesan sampingan ringan dilaporkan adalah seperti lenguh, sakit di lengan serta demam dan data berkenaan didapati sama dengan kesan sampingan yang dialami penerima vaksin dos pertama dan kedua.

''Daripada jumlah ini (1.7 juta), hanya 11 kes boleh dikategorikan agak serius macam alahan dan sebagainya, tetapi ia tidak menyebabkan kemasukan ke hospital yang serius setakat ini,'' katanya.

Khairy berkata strategi kesihatan awam yang diguna pakai KKM dalam pemberian vaksinasi dos penggalak adalah mendidik dan memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya dengan cara memaksa, iaitu sama seperti pendekatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

''Selepas itu, barulah kita beralih strategi yang mungkin lebih agresif, misalnya mengatakan bahawa hanya individu yang lengkap vaksinasi boleh diberikan kebebasan tertentu,'' katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad