web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Barang, Letak Jawatan Jika Gagal Selesai Masalah - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 6:00PM

Lim Guan Eng (dua dari kiri) berucap pada majlis penyampaian 400 bakul bantuan makanan sumbangan sektor swasta kepada keluarga yang memerlukan dalam Kawasan Parlimen Bagan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kenaikan harga keperluan asas terus meningkat sehingga menyebabkan ramai melahirkan rasa bimbang dengan senario tersebut.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan dilihat seolah-olah tidak mengambil berat isu tersebut sedangkan ia makin membebankan.

“Nak pergi pasar membeli keperluan asas pun tak cukup duit sebab harga naik, khususnya sayur-sayuran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan itu berkata, isu kenaikan harga keperluan asas tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), tetapi sebaliknya pula apabila pentadbiran kerajaan diambil alih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Masa PH jadi kerajaan harga tak tinggi macam ini.

“Kerajaan seolah-olah tak buat apa-apa. Takkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mahu dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal mengawal harga barang naik,” soalnya.

Menjelas lanjut Guan Eng berkata, kenaikan harga cili sehingga RM20 sekilo tidak pernah berlaku sepanjang beliau menyandang jawatan Menteri Kewangan. 

“Oleh itu, hari ini saya menyerahkan hampir 400 bakul bantuan makanan sumbangan sektor swasta kepada keluarga yang memerlukan dalam Kawasan Parlimen Bagan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan, apakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi sanggup meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mampu menangani kenaikan harga barangan keperluan asas tersebut.

“Tak pernah rakyat Malaysia melihat kenaikan harga sebegini untuk keperluan asas seperti telur, ayam, roti, sayur malah kiub ais,” ujarnya.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menangani kenaikan harga sayur, selepas beberapa jenis bahan mentah itu meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

Jelas CAP lagi, harga sawi pendek (choy sum) meningkat dari RM3 sekilogram kepada RM9 (200 peratus), brokoli daripada RM8 kepada RM20 (150 peratus), dan kubis bunga daripada RM7 sekilogram menjadi RM16 sekilogram (lebih 100 peratus).

Sementara itu Guan Eng berkata, memandangkan Alexander menyalahkan kos operasi yang lebih tinggi dalam rantaian nilai dan memberi jaminan bahawa kenaikan harga barang keperluan asas akan diselesaikan menjelang 9 Disember, maka beliau harus berundur jika gagal mengotakan hal demikian.

“Kerajaan pusat mesti bertanggungjawab penuh jika harga tidak dapat diturunkan pada 9 Disember, dan mereka harus bertindak dari sekarang bagi mengurangkan harga, bukannya menunggu sehingga 9 Disember,” katanya. - Getaran, 28 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad