Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


VAT Arab Saudi, Tak Wajar TH Naikkan Kos Tunai Haji - SAFFTA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 3:02PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos mengerjakan ibadah haji tidak wajar dinaikkan meskipun kerajaan Arab Saudi memperkenalkan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT), kata Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr Fathir Badri. 

Ia susulan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary semalam yang memaklumkan, kos menunaikan haji dijangka meningkat lebih 50 peratus berikutan cukai nilai tambah (VAT), naik kepada 15 peratus bermula Julai tahun lepas, berbanding lima peratus sebelumnya.

Menurut Fathir, pihaknya juga tidak bersetuju dengan istilah subsidi yang diguna pakai, merujuk kepada pemberian potongan harga untuk mengerjakan haji. 

"Tabung Haji (TH) perlu faham semua keuntungan daripada pelaburan dibuat datangnya dari simpanan pelabur, jadi adalah tidak wajar mereka menggunakan istilah subsidi kerana ia kebiasaannya diberikan kepada mereka yang tidak mampu," katanya kepada Getaran.

Dr Fathir Badri
Dr Fathir Badri

Mengulas lanjut beliau berkata, kenyataan Marzuk semalam seolah-olah dilihat menyokong kempen TH untuk menaikkan harga haji dengan menggunakan alasan pelaksanaan VAT oleh kerajaan Arab Saudi.

"Perkara ini adalah sangat tidak wajar dilakukan kerana TH merupakan satu-satunya badan yang mengawal pengendalian haji di Malaysia, tidak sepatutnya mereka membuat sebarang keuntungan daripada penghantaran jemaah haji. 

"TH juga diberikan pengecualian cukai terhadap keuntungan perniagaan mereka, justeru adalah wajar kadar pengecualian itu digunakan untuk diberikan kepada jemaah haji yang mereka kendalikan. Ini adalah kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada TH di dalam usaha kerajaan ingin membantu lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengerjakan haji," ujarnya. 

Beliau yang juga Pengarah Urusan Agensi Umrah dan Haji Kurma Travel & Tours Sdn Bhd berkata, TH juga perlu kembali kepada fitrah asal penubuhan mereka dan jangan membebankan jemaah.

"Kami berharap kempen seperti ini tidak perlu dilakukan oleh TH yang ingin mewajarkan kemungkinan menaikkan harga kos haji," katanya.

Semalam Ahmad Marzuk dipetik sebagai berkata, kenaikan cukai VAT telah menyebabkan kos tersebut bertambah menjadi lebih RM30,000, berbanding RM23,000 sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah tepat kos pakej haji akan diputuskan dalam Kabinet dan diketahui selewat-lewatnya awal tahun hadapan. - Getaran, 28 November 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan