web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Perarakan Kematian Guna Helikopter, Kuda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 10:20AM

Tular gambar perarakan kematian menggunakan kereta mewah, helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis sedang menyiasat perarakan yang diiringi menggunakan khidmat helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh dipercayai melibatkan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan dan sama ada mereka mempunyai permit mengadakan perarakan.

"Perarakan tidak dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), terutamanya melibatkan kematian.

"Pihak polis juga akan membuat semakan sama ada mereka memperoleh kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk helikopter terbang rendah sambil membawa bunga dan sebagainya jadi kita akan siasat daripada pelbagai sudut," katanya pada sidang media Pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak di sini malam tadi yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan diterima berhubung kejadian yang turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.

 Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian.

Sementara itu, mengenai operasi bersepadu yang dilancarkan, Mior Faridalathrash berkata ia berikutan aduan daripada orang ramai yang menyatakan kegusaran mereka berkenaan kejadian kes-kes jenayah di kawasan perumahan dan perniagaan.

"Pihak polis akan menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah pecah rumah, curi, ragut dan samun serta kawasan penagihan dadah bagi menghilangkan rasa takut masyarakat terhadap kejadian jenayah setempat," katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu antaranya melibatkan pegawai polis daripada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Ketenteraman Awam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik dengan dibantu agensi penguatkuasaan yang lain digerakkan pada hari tertentu seperti hujung minggu, hari cuti umum di lokasi-lokasi panas dan tumpuan orang ramai.

Katanya, sekatan jalan raya turut diadakan di laluan yang menjadi tumpuan ramai selain rondaan cegah jenayah serta pemeriksaan ke atas pusat hiburan, restoran dan sebagainya bagi memastikan pematuhan SOP. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad