web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Singapura, VTL Dicadangkan Dengan Indonesia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 8:01AM

Gambar menunjukkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Indonesia dicadangkan sebagai negara kedua bagi pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Malaysia selepas Singapura yang akan bermula esok, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata VTL itu, jika dilaksanakan akan melibatkan dua lokasi di Indonesia iaitu Kuala Lumpur-Jakarta dan Kuala Lumpur-Bali pada peringkat awal, sebelum diikuti dengan laluan lain. 

"Buat masa ini, kita tidak mempunyai jangka masa bila ia dapat dilakukan, namun berharap ia bermula pada awal tahun depan seperti yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada lawatan ke Indonesia sebelum ini. 

"Ini mungkin boleh diikuti dengan laluan ke tempat lain, namun demikian kita sangat berhati-hati dalam membuka sempadan negara terutamanya dengan penemuan varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dari Afrika," katanya. 

Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Bersatu Peringkat Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota di sini. 

Berhubung pelaksanaan VTL antara Malaysia-Singapura, Saifuddin berkata Perdana Menteri kedua-dua negara dijadualkan berada di Singapura pada Isnin ini, sebagai simbolik kepada pelaksanaan VTL. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar