web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Raja Sehari Pilih Rumah Rakit Lokasi Bersanding 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 8:19PM

Faizuan Abdul Ghani dan Nora Amira Mohd Sofi merasai pengalaman bersanding di atas rumah rakit di Kampung Ganchong Tengah, Pekan, Pahang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Bagi mencipta kelainan dan sebagai kenangan indah hari bersejarah mereka, pasangan Raja Sehari dari Kuantan memilih untuk bersanding di atas rumah rakit yang beroperasi di Kampung Ganchong Tengah, dekat sini, hari ini.

Faizuan Abdul Ghani, 26 tahun bersama pasangan, Nora Amira Mohd Sofi, 23 tahun yang saling mengenali sejak enam tahun lalu, membuat keputusan bersanding di situ kerana pemandangan indah berlatarkan Sungai Pahang, apatah lagi sambutan seumpama itu belum pernah dibuat pasangan pengantin lain sebelum ini. 

Pasangan pengantin Faizuan Abdul Ghani dan isteri, Nora Amira Mohd Sofi.
Pasangan pengantin Faizuan Abdul Ghani dan isteri, Nora Amira Mohd Sofi.

Bagi Faizuan yang bekerja sebagai penyelia tapak projek, idea untuk mengadakan majlis persandingan di atas rumah rakit tercetus secara spontan selepas dicadangkan bapa mentuanya, Mohd Sofi Abd Rahim. 

"Ini adalah kenangan untuk saya dan isteri, jadi apa salahnya kita buat kelainan sikit supaya ia menjadi memori paling indah untuk kami dan ahli keluarga. 

"Lagi pun, saya dan isteri sangat tertarik dengan suasana di sekitar rumah rakit ini, dengan latar belakang air Sungai Pahang dan suasana tenang, memang sesuai untuk abadikan hari bersejarah kami di sini," katanya. 

Selain bersanding, pasangan itu juga dibawa menyusuri Sungai Pahang sebelum memulakan persandingan mereka di atas rumah rakit De Pora Jembara. 

Sementara itu, Nora Amira yang bertugas sebagai pembantu pegawai tadbir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mengakui agak gementar mulanya memandangkan ia adalah pengalaman pertamanya menaiki bot di Sungai Pahang. 

"Sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman naik bot, ini kali pertama dan pada awalnya memang gementar juga.

"Namun, perasaan itu hilang selepas diberi semangat oleh suami dan mereka memberi jaminan semuanya selamat. Semua aspek keselamatan diambil kira, terutamanya pemakaian jaket keselamatan dan pemandu bot juga sangat berpengalaman," katanya. 

Nora Amira mengakui walaupun dibesarkan di Kuantan, namun Kampung Ganchong Tengah bukanlah tempat yang asing baginya kerana pernah menetap di situ bersama emak saudaranya. 

Katanya, majlis persandingan bersama Faizuan berjalan lancar seperti dirancang dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga, selain saudara mara yang menetap di kampung berkenaan turut membantu menguruskan perjalanan majlis berkenaan. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad