web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19, Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 1:00PM

Individu yang mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 perlu memahami dengan jelas kondisi kesihatan sendiri bagi mengelak komplikasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran pandemik COVID-19 menjadikan seluruh dunia berantakan, dengan jumlah jangkitan dan kematian terus meningkat.

Virus berasal dari Wuhan, China itu bukan sekadar mengancam kesihatan sejagat, tetapi turut melumpuhkan sektor ekonomi, termasuk di negara utama dunia.

Status COVID-19 yang sehingga kini masih tidak mempunyai penawar, mencetuskan satu perlumbaan antara gergasi farmaseutikal, apabila mereka saling ‘bersaing’ dalam membangunkan vaksin masing-masing.

Ia menjadikan suntikan imunisasi berkenaan sebagai antara komoditi paling berharga mutakhir ini, dengan semua negara mengerahkan keupayaan kewangan sendiri, bagi memastikan mereka memperoleh bekalan vaksin yang mencukupi.

Sehingga kini, Amerika Syarikat (AS) mendahului carta sebagai penerima tertinggi vaksin dengan jumlah 75.24 juta, diikuti China dan Kesatuan Eropah.

Malaysia tidak terkecuali dalam misi imunisasi ini, serentak dengan usaha memperoleh 66.7 juta dos vaksin melalui Fasiliti COVAX membabitkan lima pengeluar.

Lima pengeluar itu, Pfizer- BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBio dan Sputnik V akan dihantar secara berperingkat, dimulakan dengan bekalan Pfizer – BioNTech yang tiba Ahad lalu, selepas diagihkan Singapura, selaku hab pengagihan vaksin COVID-19 ke negara sekitar Asia Pasifik.

Dalam keghairahan orang ramai mendaftar diri untuk mendapatkan suntikan berkenaan, satu perincian penting perlu disahkan terlebih dahulu, bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk mereka.

Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh segelintir individu, namun ia antara aspek yang perlu diberi perhatian, kerana tersilap langkah, nyawa menjadi taruhan.

Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff
Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff

Pakar Perunding Imunisasi Klinikal, Alergik dan Kanak-Kanak, Dr Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, individu yang mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 perlu memahami dengan jelas kondisi kesihatan sendiri, agar tidak menimbulkan sebarang komplikasi.

Menurut beliau, setiap individu perlu memeriksa rekod perubatan masing-masing, khususnya yang membabitkan ubatan diberi secara suntikan, termasuk vaksin.

“Anda perlu mengingati dengan jelas, apakah selama ini sistem badan anda ada menunjukkan kesan negatif selepas menerima suntikan ubat atau vaksin.

“Jika ya, perlu pula semak sama ada anda alergi terhadap polyethylene glycol (PEG), iaitu antara kandungan vaksin mRNA keluaran Pfizer – BioNTech,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau menarik perhatian, individu yang alergi terhadap PEG perlu mengambil vaksin yang tidak mengandungi bahan terbabit bagi mengelakkan sebarang komplikasi serius.

“Individu yang alergi terhadap PEG atau satu lagi bahan dikenali sebagai polysorbate digolongkan sebagai berisiko tinggi, dan pengambilan suntikan vaksin itu mungkin boleh mendatangkan kejutan anaphylactic.

“Kejutan ini boleh membawa maut, dan ia bukan perkara yang harus dipandang ringan,” katanya memberi amaran.

Mengulas lanjut Dr Amir berkata, polysorbate ialah antara bahan sering digunakan dalam membangunkan vaksin hepatitis, influenza dan pneumokokal.

“Bagi mengelakkan berlakunya kejutan anaphylactic ini, adalah lebih baik untuk golongan terbabit mengelak dari mengambil suntikan berkenaan.

“Sila maklumkan kepada pakar kesihatan jika anda pernah berdepan kesan sampingan selepas mengambil vaksin influenza sebelum ini, kerana mereka akan memberikan nasihat yang bersesuaian, malah anda juga berhak menolak daripada disuntik,” katanya.

Perhatian sama jelas beliau, perlu diberikan terhadap penerima yang sebelum ini pernah mengalami kejutan anaphylactic terhadap ubat yang dimasukkan melalui suntikan (intravenous, intramuscular, subcutaneous).

“Mereka ini digolongkan sebagai kategori berisiko sederhana dan ia turut mencakupi sesiapa sahaja yang pernah mengalami kejutan anaphylactic  terhadap vaksin diambil sebelum ini, walaupun ia tidak mengandungi PEG, polysorbate, atau minyak kastor polyoxyl 35.

“Golongan berisiko sederhana juga melibatkan individu yang memiliki sejarah kesukaran bernafas akibat alergi ke atas makanan, jenis ubat, racun (venom), latex dan sesiapa sahaja dengan kesan idiopathic anaphylaxis,” katanya.

Bercanggah dengan kepercayaan sesetengah pihak, alergi ini bukan tanda vaksin diberikan tidak berkesan kerana ia pada dasarnya adalah satu senario biasa, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan, satu dalam setiap 200,000 suntikan diberi akan mencetuskan kesan itu.

Malaysia sendiri jelas Dr Amir, mensasarkan pemberian vaksin kepada 26 juta penduduk, dan ia bermakna kira-kira 130 individu berkemungkinan besar akan berdepan alergi terhadap vaksin COVID-19 ini.

“Atas dasar ini, saya amat mengesyorkan orang ramai untuk berhati-hati, dan jika boleh, hanya mendapatkan suntikan daripada hospital berbanding klinik.

“Bukan kerana klinik tidak bagus, jangan salah faham tetapi premis itu mungkin tidak memiliki peralatan mencukupi jika berlaku kesan atau komplikasi anaphylactic ,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, premis kecil seperti klinik juga boleh menjadi terlalu sesak atau padat dengan penerima vaksin, kerana semua individu yang mengambil suntikan berkenaan dan tergolong dalam kategori berisiko sederhana serta rendah, perlu menunggu antara 15 sehingga 30 minit, untuk melihat jika wujud sebarang kesan sampingan.

“Atas faktor ini, saya berpendapat adalah tidak bijak untuk membenarkan klinik biasa menjalankan operasi pemberian vaksin, kerana jika berlaku komplikasi disebutkan, peralatan yang ada tidak memadai untuk menyelamatkan nyawa individu terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Amir turut menyuarakan keprihatinan, berhubung borang pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera, yang tidak memperincikan sebarang perkara berkaitan kesan alergi terhadap suntikan berkenaan.

Perincian itu tegasnya, adalah satu isu kritikal yang perlu diberi perhatian oleh semua individu sebelum mendaftar untuk mendapatkan mana-mana suntikan.

“Pengamal perubatan atau petugas kesihatan yang memberi suntikan ini perlu dimaklumkan mengenai status kesihatan penerima.

“Ia membantu melicinkan proses pemberian vaksin, dan membolehkan pasukan perubatan meletakkan penerima dalam kategori bersesuaian, malah lebih dari itu, ia membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Pemberian vaksin secara semberono jelas Dr Amir lagi, hanya meletakkan nyawa penerima dalam bahaya dan ia perlu dielakkan, demi menjaga kebaikan semua pihak.

“Suntikan vaksin adalah untuk mencegah jangkitan COVID-19 pada skala serius, dan kita tidak mahu ia menjadi perkara berbahaya pula, hanya kerana ada perkara penting yang gagal diambil berat,” katanya. – Getaran, 4 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

2

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

4

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

5

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

6

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 5 jam yang lalu

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

oleh Sophia Ahmad