web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Royalti Minyak, Kelantan Mohon Jawapan Lanjut Kerajaan Persekutuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2021 2:57PM

Ahmad Yakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan diminta memberikan jawapan lanjut berhubung bayaran royalti tunai petroleum kepada Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri memandang serius berkenaan jawapan bertulis yang dikemukakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam persidangan Dewan Rakyat, Khamis lalu.

"Kelantan memohon jawapan lebih lanjut ekoran jawapan tersebut yang dilihat tidak selari dengan kenyataan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

"Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri," katanya di sini hari ini.

Ahmad berkata, bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi Kelantan telah diperakui kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Kerajaan negeri juga katanya, berpendirian bahawa bayaran tunai adalah kaedah yang tepat berdasarkan peruntukan dijelaskan dalam perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas.

"Ini juga adalah selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

"Kerajaan negeri percaya pendirian ini adalah berlandaskan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan serta kesejahteraan rakyat negeri Kelantan," katanya.

Terdahulu, media memetik Tengku Zafrul sebagai berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

"Namun begitu, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan," katanya. - Getaran, 27 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad