Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Syed Saddiq Dibenar Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 4:31PM

Syed Saddiq berhadapan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menghadapi empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini.

Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang membenarkan permohonan Syed Saddiq supaya kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini dalam keputusan ringkas berkata mahkamah yakin kemungkinan besar terdapat persoalan perundangan luar biasa yang akan timbul (dari kes itu).

“Adalah wajar untuk keadilan bagi kes pemohon (Syed Saddiq) dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Sehubungan itu, permohonan ini dibenarkan,” kata hakim.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah bahawa pemohon telah gagal untuk menunjukkan isu undang-undang yang wujud adalah isu yang kompleks dan pertama kali wujud sehingga menyebabkan seorang hakim Mahkamah Sesyen tidak dapat mengendalikan isu berkenaan.

“Berhubung dakwaan pembelaan wujudnya konspirasi jenayah, pemohon juga gagal untuk menunjukkan dalam afidavitnya bagaimana Hakim Mahkamah Sesyen tidak boleh menangani dakwaan pembelaan tersebut jika ia timbul semasa perbicaraan kelak. Justeru, kami memohon permohonan ini ditolak,” katanya.

Sementara itu, peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berhujah jika kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen, masalah akan timbul kerana ia tidak dapat mengendalikan isu perlembagaan.

Menjawab perkara ini, Hakim Mohamed Zaini bersetuju dengan hujah Gobind bahawa akan ada gangguan perbicaraan apabila isu itu timbul di Mahkamah Sesyen.

“Bagaimanapun, jika kes bermula (dibicarakan) di Mahkamah Tinggi, kami (Mahkamah Tinggi) boleh mengendalikan isu perlembagaan, ia akan menjadi seperti Pusat Sehenti,” kata hakim.

Sebutan kes itu dijadual pada 30 November di Mahkamah Sesyen untuk kedua-dua pihak mengemas kini mahkamah mengenai keputusan hari ini.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Syed Saddiq, 28, didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Ogos di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Bernama

TAG: mahkamah, Syed Saddiq, pindah kes, pecah amanah, salah guna dana, pengubahan wang haram

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 3 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 2 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran