web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Asing Enggan Patuhi SOP Boleh Diusir - Ketua Pengarah Imigresen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 6:13PM

2 wanita warga asing ini dirakamkan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. - Gambar dari Twitter World Of Buzz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Warga asing yang enggan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 boleh diusir dari Malaysia sekiranya gagal berbuat demikian.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud memberi amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas warga asing yang sengaja mencabar pihak berkuasa.

Menurut beliau, semua warga asing perlu mematuhi arahan dan peraturan ditetapkan, khususnya membabitkan langkah pencegahan COVID-19.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pas dan sebarang kemudahan Imigresen yang telah diberikan.

“Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitam dari memasuki negara ini semula, sepertimana diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63,” tegasnya.

Ia susulan kes yang tular di media sosial baru-baru ini, membabitkan tiga wanita warga asing yang melanggar SOP dengan tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam.

“Mana-mana warga tempatan yang menjadi penaja atau majikan kepada warga negara asing harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan mereka patuh kepada arahan dan undang-undang di Malaysia.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Kerry dari Manchester, United Kingdom menimbulkan kekecohan apabila dia dilarang memasuki sebuah butik berjenama di KLCC kerana tidak menggunakan pelitup muka.

Wanita yang sama turut dikesan mencetuskan keributan di sebuah pusat beli belah di Bangsar dan pasar raya di Hartamas, sekali lagi kerana enggan menggunakan pelitup muka.

Susulan tindakannya, Kerry didenda sebanyak RM3,000 apabila isu terbabit tular di media sosial.

Dalam perkembangan berlainan, polis hari ini memaklumkan sudah memulakan siasatan ke atas dua wanita kulit putih kerana didapati bersiar-siar di taman KLCC tanpa menggunakan pelitup muka. – Getaran, 18 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad