web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alkisah Melaka, Tambak Laut Dan Adly Zahari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 12:00PM

Adly Zahari yang sentiasa was-was dengan penambakan laut, meskipun sering digoda dengan keuntungan berlipat kali ganda. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KATIL - Jika dilihat di atas kertas, sebarang projek yang membabitkan penambakan laut sememangnya menjanjikan pulangan lumayan, namun realitinya tidak seindah itu.

Padahnya, jika pembangunan yang berteraskan aktiviti itu tidak dirancang dengan teliti, ia hanya akan mendatangkan keburukan, berbanding kebaikan.

Itu mesej mahu disampaikan bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari yang sentiasa was-was dengan penambakan laut, meskipun sering digoda dengan keuntungan berlipat kali ganda.

“Kalau kita lihat sekarang ini, kawasan-kawasan tambakan laut di Melaka, kebanyakannya adalah tanah kosong sahaja,” tegasnya dalam pertemuan eksklusif bersama Getaran di pejabatnya, semalam.

Beliau yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil itu, merujuk kepada tanah-tanah terbiar yang kini menjadi ‘hutan lalang’ di sepanjang kawasan tambakan laut di Kelebang.

“Kawasan-kawasan seperti ini hanya terlibat dengan penambakan sahaja, bukannya pembangunan.

“Ia merugikan dan inilah yang terjadi apabila pembangunan seperti ini tidak direncana dengan teliti,” katanya.

Apabila ditanya mengenai potensi projek tambakan laut dalam penghasilan ribuan peluang pekerjaan, seperti sering dijaja  pihak yang menyokong pembangunan tersebut pula, Adly hanya tersenyum simpul.

“Apa yang terjadi kepada Melaka Gateway?

“Projek itu dimulakan pada 2009 dan apa yang berlaku pada 2020 adalah ia berakhir dengan tindakan mahkamah oleh pihak Gateway terhadap kerajaan negeri.

“Projek itu bernilai lebih daripada RM40 billion dan akan menyediakan lebih daripada 10 ribu peluang pekerjaan tapi kini projek itu ditamatkan tanpa sebarang pulangan mahupun peluang pekerjaan,” katanya, sinis.

Pembangunan Melaka Gateway terpaksa diberhentikan kerana terpalit dengan siasatan SPRM. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Pembangunan Melaka Gateway terpaksa diberhentikan kerana terpalit dengan siasatan SPRM. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Tegas beliau, Barisan Nasional (BN) sememangnya selalu menyebut tentang penyediaan peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi setiap kali menjaja projek seumpama itu, namun hasilnya tidak pernah kelihatan.

Melaka Gateway adalah projek penambakan laut di bahagian kiri Pulau Melaka, sebuah pulau buatan yang juga dihasilkan menerusi penambakan laut.

Pembangunannya terpaksa diberhentikan kerana terpalit dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Projek tersebut adalah buah fikiran kerajaan BN terdahulu, pimpinan bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron yang kini telah menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semasa zaman pemerintahan BN, jelas Adly, perhitungan kerajaan negeri dengan pemaju tentang projek penambakan laut ialah, satu per enam daripada tanah yang ditambak itu harus dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Model mereka [BN] adalah mereka jual kawasan yang bakal ditambak, selepas itu mereka dapat satu per enam. Jual dan dapat duit. Itu sahaja,” jelasnya.

Semasa tampuk pemerintahan dipegang oleh PH, yang diketuai oleh Adly pula, model perniagaan itu ditukar.

“Apa yang saya lakukan adalah menukar pemilikan tanah itu kepada pegangan saham di kawasan pembangunan tersebut.

“Sebanyak 30 peratus daripada pembangunan (projek penambakan laut) mesti menjadi hak milik kerajaan negeri untuk tempoh masa panjang.

“Ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan pelabur kerana mereka sedar bahawa jika kerajaan negeri terlibat ia menjadi satu jaminan kepada perlaksanaan projek itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa penambakan laut tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana kesan negatif yang dibawa terhadap alam sekitar dan ekosistem hidupan setempat.

“Apabila kita sudah menambak laut, kita akan menganggu banyak ekosistem di samping menjejaskan sumber pendapatan nelayan setempat.

“Dalam masa yang sama, akan berlakunya banyak hakisan. Penambakan laut juga menyebabkan banjir di kawasan hulu dan tengah Melaka.

“Penyudahannya, kita tambak, dapat duit dan akhirnya terpaksa berbelanja lebih untuk menguruskan masalah banjir pula.

“Ini bukanlah pulangan yang setimpal,” katanya. - Getaran, 17 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pastikan Kebajikan Veteran ATM Diberi Tumpuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Amanah Yakin Pertahan Kerusi Simpang Jeram, Pulai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Vibes 2.0 Permudahkan Urusan Veteran ATM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar