web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Tangani Banjir Kilat Gagal Selagi Tidak Ubah Sikap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 9:00PM

Sharudin Hamid (kanan) menunjukkan sampah sarap yang memenuhi longkang di Taman Indera Sempurna, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tidak sampai dua minggu dibersihkan, longkang di kawasan perumahan berhampiran Taman Indera Sempurna, dekat sini kembali dipenuhi sampah sarap.

Ia bukan sahaja menggambarkan sikap penduduk yang tidak mempunyai kesedaran sivik, bahkan menunjukkan kepekaan mereka terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan masih berada di tahap sangat mendukacitakan.

Walaupun pihak Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui syarikat konsesi Alam Flora mempunyai jadual bagi kerja membersihkan longkang taman perumahan itu, namun semuanya sia-sia jika sikap penduduk tidak berubah. 

Sharudin Hamid
Sharudin Hamid

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid yang ditemui ketika melakukan pemantauan kerja pembersihan longkang utama taman perumahan itu meluahkan rasa kecewa dengan isu berulang yang berlaku di kawasan terbabit. 

"Kalau ikutkan jadual, kita baru sahaja membersihkan longkang pada 5 November lalu, kita tengoklah sendiri apa jadi hari ini, belum sampai dua minggu sudah bermacam jenis sampah ada dalam longkang. 

"Nak tunggu sebulan sekali, memang bertimbunlah (sampah), selagi sikap mereka tidak berubah, sampai bila pun kita tidak boleh selesaikan masalah banjir kilat di sini," katanya. 

Beliau turut memaklumkan, kebanyakan sampah dibuang ke longkang bukan sahaja dari kediaman penduduk, tapi turut membabitkan peniaga tepi jalan di sepanjang laluan masuk ke taman berkenaan. 

Katanya, pihak SWCorp dan Alam Flora sudah melakukan apa yang termampu dan mengakui tanpa kerjasama penduduk serta peniaga, semua masalah berbangkit itu tidak boleh diatasi. 

"Bukan di sini (Taman Indera Sempurna) saja masalah ini berlaku, kawasan lain pun ada juga, tapi berdasarkan maklumat yang kita ada, inilah kawasan paling kritikal. 

"Sekarang sudah musim tengkujuh, bila hujan lebat dan air longkang melimpah hingga (mengakibatkan) banjir kilat, mereka (penduduk) biasanya akan cakap kami (SWCorp dan Alam Flora) tidak buat kerja, sedangkan kami melakukan pembersihan longkang sebulan sekali, seperti jadual ditetapkan," katanya. 

Sharudin berkata, pihaknya bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta wakil kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau isu longkang dan saliran yang berpotensi menjadi punca banjir kilat. 

"Dalam kumpulan (pasukan khas) itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda pun ada sekali, jadi semua isu berbangkit dapat kita selesaikan dengan lebih cepat. 

"Kita tahu ada agensi yang mempunyai kekangan peruntukan bagi melakukan kerja penyelenggaraan, jadi kita bincang dan kalau perlukan tindakan segera, kita adakan gotong-royong untuk menjimatkan kos," katanya. 

Razali Awang Kechik
Razali Awang Kechik

Sementara itu, seorang peniaga, Razali Awang Kechik berkata, masalah longkang tersumbat akibat pembuangan sampah sesuka hati oleh segelintir penduduk dan peniaga sudah berlarutan sejak tahun 2012.

 “Punca (longkang tersumbat) ini orang meniaga pun ada, orang atas taman pun ada, dia suka-suka dia sajalah, ikut suka dia nak buang (sampah) di mana-mana, sampai tilam pun ada, (tilam) 4 inci itu pun ada, bayangkan papan lapis pun dia buang dalam longkang dengan kayu sekali, ikut suka dia ” katanya. 

Dia yang berniaga air kelapa dan goreng pisang sejak sembilan tahun lalu di kawasan itu mendakwa, terdapat penduduk di taman berkenaan kurang senang dengan tindakannya membersihkan sendiri longkang utama secara sukarela. 

"Memang beberapa kali juga saya bersihkan sendiri longkang, kalau tidak, teruk bila hujan lebat. Tapi, saya buat setakat boleh (mampu) saja, saya seorang, tidak ada sesiapa bantu. 

"Biasalah, ada yang tidak suka bila saya tegur mereka supaya tidak buang sampah ke longkang, mereka tanya longkang itu saya punya ke? Ini bukan masalah siapa pemilik longkang, tapi kena sama-sama jagalah, saya berniaga dan bila (longkang) tersumbat, bau kurang menyenangkan jadi siapa nak singgah beli makanan di kedai saya," katanya.  - Getaran, 16 November 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad