web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fikirkan Perasaan Orang Melayu, Umat Islam Sebelum Kekal Jenama ‘Timah’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 8:56PM

Dr Shamrahayu Abd Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontroversi melibatkan wiski jenama 'Timah' keluaran tempatan perlu diselesaikan secara saling menghormati dan lebih sensitif, memandangkan ia mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, pendirian ini perlu dipandang serius walaupun syarikat pengeluar arak berkenaan bebas menggunakan apa sahaja nama pada produknya.

Menurut beliau, tidak timbul isu penggunaan nama Timah untuk kepentingan peribadi seseorang kerana nama terbabit dibawa oleh seluruh masyarakat Islam di negara ini.

“Ini kerana nama Timah memang tidak pernah dikenali sebagai jenama arak; nama Timah dah terkenal sebagai nama timangan orang Malaysia yang bernama Fatimah.

“Kalau ada yang mempersoalkannya kerana sensitiviti masyarakat, eloklah ia dielakkan. Biarlah harmoni. Tak perlu diundang kontroversi tidak perlu,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan syarikat minuman keras, Winepak Corpration (M) Sdn. Bhd. mengekalkan jenama Timah pada wiski keluaran mereka.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat berkenaan dikehendaki memasukkan label tambahan pada botol wiski itu untuk menjelaskan bahawa nama tersebut sebenarnya merujuk kepada bijih timah, seperti diusulkan oleh syarikat terbabit sendiri.

Alexander turut memberi jaminan bahawa Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menambah baik prosedur yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan supaya isu sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dalam pada itu, Shamrahayu turut mempersoalkan pemilihan nama Timah yang mempunyai hubungan rapat dengan umat Islam,

“Bila Timah dijadikan jenama arak, ia semacam mengambil nama timangan yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu, dengan majoritinya beragama Islam. Mungkin itu (pendirian masyarakat), saya tak tahu, mungkin itu bukan niatnya. 

“Walaupun mungkin buat berniat, ia tetap mengguris sensitiviti, sebab orang yang nama Timah atau Fatimah, mahupun masyarakat Islam umumnya tidak serasi sekiranya dikaitkan dengan arak. Walaupun ada juga ungkapan, apa ada pada nama tetapi tiada orang boleh sangkal bahawa nama menggambarkan identiti," katanya.

Ditanya apakah masyarakat Melayu tidak terbuka untuk menerima Timah sebagai jenama arak, Shamrahayu berkata, semua aspek itu harus kena pada tempatnya.

"Soal minda terbuka atau hati serta jiwa besar itu perlu bertempat. Kalau nak terbuka semuanya, ia boleh lenyapkan identiti sendiri. Kena juga fikir tentang dimensi atau skop ‘keterbukaan’ itu,” katanya.

Terdahulu, PAS ketika menyatakan pendirian mereka bertegas menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan, walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan ia dilakukan. 

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pendirian mereka berhubung perkara itu tetap sama sejak dari awal.

Bulan lalu, jenama arak Timah menjadi kontroversi apabila ia didakwa seakan merujuk kepada nama anak Rasulullah SAW iaitu Fatimah, malah lelaki yang dipaparkan di atas botol arak itu juga kelihatan seperti seorang lelaki Islam kerana berjanggut dan memakai kopiah.

Namun, Winepak menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya menjelaskan bahawa nama Timah itu merujuk kepada bijih timah yang pernah menjadi komoditi utama negara, manakala lelaki berkenaan didakwa sebagai Kapten Tristram Speedy, seorang penjelajah British pada abad ke-19. – Getaran, 15 November 2021.

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti