web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaringan Sosial Warga Emas Harus Dibaikpulih, Elak Tanggung Beban

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 7:58AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saban hari kita mendengar pelbagai keluhan dan keperitan kehidupan dialami rakyat akibat pandemik COVID-19 yang sudah dua tahun melanda negara, terutama daripada aspek kewangan.

Krisis kesihatan ini bukan sahaja menyebabkan ramai pekerja diberhentikan, dikurangkan gaji atau dipotong elaun tertentu, tetapi juga memberi impak besar kepada golongan lain, termasuk mereka yang bakal melangkah ke fasa persaraan dan dikategorikan warga emas.

Dengan situasi simpanan peribadi semakin susut dan pengeluaran berterusan bantuan tunai menerusi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), apa dibimbangkan adalah, apakah mereka mampu meneruskan kelangsungan hidup sebaik mungkin?

Bagaimana jika golongan ini, khususnya warga emas yang dikategorikan sebagai kumpulan berisiko, masih mempunyai anak sedang menuntut di sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) untuk disara?

Apakah mereka mampu membiayai sewa rumah atau meneruskan pembayaran hutang kediaman dibeli yang masih belum dilangsaikan, dalam keadaan simpanan semakin menipis?

Mahu menampung keperluan terbabit menggunakan pelaburan KWSP, bakinya mungkin kurang RM10,000 atau lebih sedikit daripada itu.

Pakar Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Shazali Abu Mansor berpendapat, dalam memastikan warga emas menikmati kehidupan lebih selesa dan tidak terbeban masalah kewangan, kerajaan harus ‘membaik pulih’ sistem jaringan sosial golongan itu.

Profesor Dr Shazali Abu Mansor
Profesor Dr Shazali Abu Mansor

Katanya, kerajaan harus meneliti apakah keperluan masyarakat apabila mereka sudah memasuki peringkat usia warga emas.

Usaha itu, jelasnya, penting bagi memastikan kebajikan warga emas terus dibela dan Malaysia menjadi negara yang lebih prihatin terhadap setiap golongan masyarakat.

“Kita kena overhaul (baik pulih) jaringan sosial, apa keperluan individu bila dia sudah tua. Biasanya dia mahukan perubatan, makan dia sudah tidak perlu banyak (perkara) sangat.

“Tetapi kalau warga emas yang ada anak masih sekolah, di sinilah kita patut lihat macam mana anak itu boleh melanjutkan pelajaran dengan mudah tanpa mengharapkan ibu bapa mereka, tambahan jika KWSP tinggal 10,000, berapa sangat boleh ditolong,” katanya.

“Jaringan sosial terjamin menerusi perubatan dan perumahan ini membolehkan mereka hidup selesa.”

Beliau berkata demikian kepada Getaran ketika ditanya, jenis bantuan boleh diberi bagaimana kerajaan boleh membantu golongan terkesan COVID-19 untuk meneruskan kehidupan, terutama warga emas selepas situasi pandemik itu pulih kembali.

Shazali berkata, mungkin kerajaan boleh menawarkan insuran awam, seperti diperkenalkan sesetengah negara, jika menyentuh mengenai aspek jaminan kesihatan.

Menerusi insuran terbabit katanya, warga emas yang mengalami masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik, dengan kos ditanggung kerajaan.

“Inisiatif lain untuk membela kebajikan warga emas ini, boleh juga merangkumi penyediaan kediaman rumah kos rendah percuma kepada golongan berkenaan untuk mereka tinggal.

“Jaringan sosial terjamin menerusi perubatan dan perumahan ini membolehkan mereka hidup selesa, manakala anak boleh belajar tanpa membebankan ibu bapa yang sudah tua,” katanya.

Mengulas mengenai kewajaran untuk kerajaan sekali lagi meluluskan pengeluaran KWSP seperti diharapkan segelintir rakyat, terutama golongan M40, Shazali berkata perkara itu perlu dilihat secara pukal.

Menurut beliau, pengeluaran itu wajar diberikan sekiranya individu terbabit sudah menghampiri tempoh kurang dua tahun dari waktu persaraan dan sememangnya berdepan kesukaran hidup.

“Bagi penyimpan lebih muda pula, jika peruntukan wang KWSP itu akan membantu mengurangkan beban akibat diberhentikan kerja atau ditolak gaji, pemberian berkenaan juga tidak seharusnya ditangguhkan.

“Tetapi kalau dia pencarum baharu, tidak payah bagilah untuk kelangsungan dan kepentingan kehidupan jangka panjang. Kena fikir keperluan syarat dan masa depan juga,” katanya.

Ditanya mengenai kepentingan untuk individu mendapatkan moratorium susulan, Shazali berkata, sekiranya situasi kewangan tidak benar-benar meruncing dan bantuan itu tidak mendesak untuk dimohon, tindakan berkenaan sememangnya akan merugikan peminjam.

“Moratorium institusi kewangan akan caj, katalah peminjam tangguh enam bulan, jadi sepanjang tempoh ini, mereka akan membayar faedah lebih.

“Katakanlah pinjaman RM300,000, kalau faedah lima peratus akan jadi RM15,000 juga harus dibayar.

“Jangka panjang kalau benda (moratorium) itu tidak perlu memang merugikan peminjam sebenarnya,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad