web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Ibu Maut Dikelar, 2 Beranak Sering Bergaduh - Adik Mangsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 4:08PM

Mangsa ditemui oleh adiknya di dapur dan telah dilitupi kain batik dan pelikat oleh suspek.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - “Aku tak ada duit. Kalau ada, aku bagi dah kat hang (kau)”.

Itu antara ungkapan sering dilafazkan Sarah Jon, 70, yang maut akibat dikelar anak bongsunya berusia 31 tahun dalam kejadian menyayat hati di Kampung Batu 5, Gurun dekat sini, pagi ini.

Menurut adik Sarah, Asmah Jon, 60, pasangan anak beranak tersebut boleh dikatakan hampir setiap hari bergaduh disebabkan suspek yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu sering meminta wang daripada ibunya.

“Kediaman saya tak jauh dari rumah mereka jadi kalau anak beranak ini bergaduh, memang boleh dengar.

“Kalau teruk sangat, anak lelaki saya akan ke rumah mereka untuk melihat apa yang berlaku.

“Namun tak sangka pula pagi ini kejadian sebegini boleh berlaku. Kali terakhir saya dengar mereka bergaduh semalam namun pergaduhan itu tidaklah panjang seperti sebelum-sebelum ini,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, seorang penganggur yang juga penagih dadah dan pesakit mental mengelar leher ibunya sendiri di rumah mereka, antara jam 6.30 hingga 7 pagi tadi.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek bertindak menunggang motosikal kira-kira satu kilometer dari rumahnya sebelum membunuh diri dengan cara menerpa ke depan sebuah lori tangki yang sedang bergerak laju di jalan raya.

Menceritakan detik tragedi itu, Asmah berkata dia menyedari suspek keluar dari lokasi kejadian dan melalui jalan di depan rumahnya sewaktu sedang bersiap-siap hendak menunaikan solat subuh. 

“Tidak lama kemudian, datang seorang individu memaklumkan suspek terlibat dalam kemalangan.

“Saya kemudiannya meminta anak untuk memaklumkan kejadian itu kepada Sarah.

“Namun anak saya pulang dan memaklumkan Sarah tidak menyahut panggilannya.

“Disebabkan itu, saya sendiri pergi ke rumah kakak untuk mencarinya,” katanya.

Tambahnya, sebaik memasuki rumah itu, dia langsung tidak perasan akan keadaan kakaknya itu.

“Setelah saya masuk ke dalam sikit, baru saya nampak jasad kakak yang sudah tidak lagi bergerak dan berlumuran darah.

“Ketika saya masuk, saya melihat jasad kakak memang telah ditutup oleh kain batik dan kain pelikat oleh suspek,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran 10 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar