web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dadah, Mabuk, Tiada Lesen, Antara Kesalahan Pemandu Bas Pekerja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 3:03PM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Khayal dadah, mabuk dan tidak memiliki lesen memandu antara kesalahan yang sering direkodkan melibatkan pemandu bas pekerja di negeri ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata terdapat juga pengusaha menggajikan pemandu warga asing, selain membawa penumpang melebihi kapasiti had permit atas alasan mahu mengurangkan kos dan mementingkan keuntungan.

“Terdapat satu kejadian pada 21 Oktober lepas, melibatkan sebuah bas pekerja dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau. Apabila kita dapat kesan pemandu itu, ujian urin dilakukan dan didapati dia positif dadah jenis methamphetamine. 

“Susulan itu, dalam operasi kali ini, kita menjalankan ujian urin terhadap 20 pemandu bas pekerja dan dua daripadanya iaitu lelaki tempatan berumur 54 dan 34 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja,” katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 42 saman dikeluarkan termasuk membabitkan dua individu tidak mempunyai lesen memandu manakala 25 yang lain tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

Dalam operasi yang sama, Jabatan Alam Sekitar turut mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan.

Ayob Khan berkata sejumlah 89 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja direkodkan di Johor sejak Januari hingga bulan lepas, jika dibandingkan dengan 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja pada tahun lepas. 

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua kontraktor penyelenggaraan jalan raya untuk memastikan setiap kon penghadang di jalan raya, turut diisi dengan pemberat seperti pasir atau air. 

Peringatan itu susulan pihaknya telah menerima laporan pada 6 Oktober lepas mengenai seorang penunggang motosikal mengalami cedera ringan dan hampir dirempuh sebuah lori selepas terjatuh akibat terlanggar kon yang bergerak di Jalan Kempas Lama-Seelong, di sini.

“Sehubungan itu, saya memberi peringatan kepada semua kontraktor terlibat dalam kerja penyelenggaraan jalan raya, pastikan kon yang diletak mesti berisi sama ada air atau pasir, agar kon itu tidak bergerak dan kekal statik," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua kontraktor untuk membuat pemakluman di Ibu Pejabat Polis Daerah bagi sebarang kerja penyelenggaraan jalan raya yang memerlukan kon bagi memastikan kejadian sama tidak berulang dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor yang cuai.

Pada 5 Oktober, tular sebuah video berdurasi 34 saat di media sosial yang dirakam oleh pemandu kereta lain memaparkan penunggang motosikal berhenti selepas melanggar kon yang jatuh di tepi jalan yang sedang dalam penyelenggaraan. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad