web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Saman Lucut Hak Berkaitan 1MDB Terhadap Najib, Keluarga, Lain-Lain

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 5:03PM

Mahkamah tolak permohonan kerajaan bagi lucut hak barangan mewah Najib dan Rosmah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan bagi melucut hak barangan mewah yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu.

Barangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 buah kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan lima lagi responden yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melucut hak barangan itu berkata AGC gagal membuktikan hubungan antara harta yang disita dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Harta yang disita daripada Najib, Rosmah, dua anak mereka, Nor Ashman Razak dan Nooryana Najwa serta anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, dirampas dari premis yang diduduki atau sebelum ini diduduki oleh mereka dan mereka dalam apa jua keadaan, daripada keluarga yang sama.

“Tiada bukti yang menunjukkan bahawa harta yang disita daripada lima responden itu dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib. Pemohon (AGC) sebenarnya mengakui bahawa beberapa harta yang disita adalah hadiah,” kata hakim itu.

Hakim Mohamed Zaini berkata pemohon hanya menyenaraikan harta yang disita dan nilainya dan seterusnya menyimpulkan bahawa kelima-lima responden tidak mempunyai sejumlah besar wang tunai atau membeli harta itu berdasarkan pendapatan mereka.

“Adalah jelas bahawa pemohon hanya membuat kesimpulan ini berdasarkan anggapan dan ia tidak mencukupi kerana pemohon perlu membuktikan hubungan langsung antara wang yang didakwa diperoleh secara haram kepada wang yang ditemui dan harta yang dibeli,” katanya.

Hakim juga menolak permohonan untuk melucut hak sebuah banglo yang didirikan atas dua plot tanah di Taman Tanjung Bungah, Pulau Pinang, serta wang yang disimpan dalam tiga akaun bank Hong Leong milik responden ke-13 Puan Sri Goh Gaik Ewe, yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Pemohon hanya menunjukkan wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank tetapi tidak memberikan apa-apa bukti bagaimana akaun bank ini berkaitan atau digunakan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Hubungan antara responden ke-13 dengan mana-mana watak atau entiti dalam hal ehwal 1MDB telah hilang dengan ketara dan terdapat banyak percanggahan dalam afidavit oleh pegawai penyiasat yang tidak pernah diperbetulkan atau diberi penjelasan,” katanya. 

Kerajaan juga gagal melucut hak wang yang disimpan dalam tujuh akaun bank milik responden ke-14 dan ke-15, bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan isterinya, Lim Hwee Bin, atas alasan yang sama iaitu pemohon tidak menyediakan bukti bahawa akaun bank itu berkaitan atau digunakan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Pemohon juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menunjukkan bagaimana wang yang didepositkan ke dalam akaun bank itu dikaitkan dengan sebarang transaksi haram … saya cenderung untuk bersetuju dengan peguam mereka dan oleh itu menolak permohonan ini,” kata Hakim Mohamed Zaini.

Mahkamah juga menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak 26 Nissan Urvan dan sebuah Nissan X-Trail milik responden ketujuh dan kelapan yang dinamakan dalam saman pelucuthakan tersebut iaitu sebuah syarikat khidmat perundingan pengurusan, Senijauhar Sdn Bhd dan seorang individu, Aiman Ruslan.

Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memberitahu mahkamah AGC akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset daripada lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan tersebut iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang telah melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka, serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.

Dalam notis usul lucut hak itu, pendakwaan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib) dan Nooryana Najwa, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih; Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara barangan yang dinyatakan dalam notis itu ialah beg tangan, kasut dan jam tangan pelbagai jenama serta wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas pihak polis pada 17 Mei 2018 dan 11 Jun 2018 serta 27 kenderaan Nissan yang dirampas pada 2 Ogos 2018 dan sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad