Berita Terkini

1 jam yang lalu: Lapangan Terbang Baharu Mukah bakal sediakan aktiviti sokongan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) - PM 1 jam yang lalu: 2 sekolah berasrama penuh di Perak rekod jangkitan COVID-19 2 jam yang lalu: Malaysia jana lebih RM33.9 bilion potensi pulangan perdagangan dan pelaburan bagi tempoh 8 minggu menerusi penyertaan di Expo 2020 Dubai -- PM 2 jam yang lalu: BN tidak akan bertanding pada PRN Sarawak, beri sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak - Mohamad Hasan 4 jam yang lalu: Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Najib, Muhammad Shafee

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Nov 2021 2:49PM

Shafee Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee.

“Kami memutuskan bahawa tidak diragukan Sri Ram adalah lebih daripada layak sebagai individu yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai TPR kanan,” kata Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah.

Beliau berkata Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas berpuas hati bahawa Sri Ram adalah individu yang layak dan sesuai mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk dilantik sebagai TPR kanan.

Hakim itu berkata mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa tiada apa-apa pun dalam Seksyen 376 (3) KPJ yang memperuntukkan bahawa orang yang layak dan sesuai untuk menjadi TPR mesti daripada perkhidmatan kehakiman dan undang-undang atau penjawat awam, sambil menambah bahawa tidak ada keperluan sedemikian dalam undang-undang.

Hakim Mahkamah Rayuan itu berkata adalah jelas dalam meminda Seksyen 376 (3) KPJ, Parlimen berhasrat untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik dan melantik sesiapa yang layak dan sesuai sebagai TPR kanan.

Beliau berkata mahkamah berpendapat Seksyen 376 (3) itu adalah peruntukan tersendiri berhubung pelantikan sesiapa sahaja yang dianggap layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR atau TPR kanan.

Seksyen itu katanya dipinda bagi membolehkan Peguam Negara merangkap pendakwa raya melantik TPR supaya pendakwaan dikendalikan oleh TPR yang berpengalaman selaras dengan kerumitan kes.

Najib dan Muhammad Shafee juga katanya, gagal membuktikan Peguam Negara telah bertindak melanggar undang-undang atau bertindak secara mala fide dalam melantik Sri Ram sebagai TPR kanan, katanya.

“Mahkamah Tinggi tidak tersilap semasa menolak semakan kehakiman (yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee) yang memerlukan campur tangan rayuan,” katanya dalam prosiding secara maya hari ini.

Mahkamah membenarkan kos RM10,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai TPR kanan dalam perbicaraan kes mereka.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Sri Ram dalam kesnya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2018 manakala Muhammad Shafee mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya sendiri membabitkan dua pertuduhan menerima wang hasil  aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan bekas hakim itu sebagai TPR tidak sah.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Pasukan peguam yang diketuai Muhammad Shafee mewakili Najib manakala Harvinderjit Singh dan Harvinder Singh Sidhu mewakili Muhammad Shafee.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan, Peguam Negara dan Sri Ram. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tun M Terbukti Naif Undang-Undang Malaysia - Kamarul Zaman

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Keputusan Rayuan Najib Dalam Kes SRC Pada 8 Disember

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ganjaran RM100 Juta Beban Kewangan, Anwar Tuntut Penjelasan Zafrul

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Jho Low Berada Di Sebalik Tabir 1MDB - Saksi

Sorotan

1

Yasmin Hani Dan Shahrin Razali Berpisah

2

Jerman Ambil Tindakan Keras Untuk Menangani Kenaikan Kes COVID-19

3

COVID-19: 150 Pelajar SSP, Cyberjaya Jadi Kontak Rapat Dipindah Ke IAB

4

Dari Segambut Ke New York: Grab Rai Penyenaraian Bersejarah

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Kesan Peserta Konvoi Bantah Kenaikan Harga Barang

Semasa 1 hari yang lalu

Jualan Keluarga Malaysia Bantu Ringankan Beban Pengguna - PM

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-kanak 5 Tahun Maut, Didera Ibu Dan Kekasih

Semasa 1 hari yang lalu

Pembangkang Mahu Isu Harga Barang Dibahas Di Dewan, Bukan Kamar Khas