web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Terperangkap Di Tengah Sungai, Kepala Air Muncul Tiba-Tiba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 8:54PM

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap di tengah sungai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah-tengah Sungai Dipang, di sini, hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan yang sedang mandi di sungai berkenaan terperangkap di atas batu itu, selepas kepala air datang secara tiba-tiba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.59 petang sebelum sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di atas batu di tengah-tengah sungai berkenaan sebelum operasi menyelamat dijalankan.

“Anggota kemudiannya diarahkan oleh komander operasi untuk menjalankan kerja penyelamatan dengan menggunakan beberapa kedah penyelamatan di air berikutan arus deras.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan dan dibawa ke tebing sungai dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, pihaknya difahamkan kanak-kanak berkenaan datang ke lokasi sungai itu untuk berkelah bersama keluarganya.

Katanya, kepala air yang datang secara tiba-tiba menyebabkan kanak-kanak itu gagal untuk bergerak ke tebing dan terperangkap di atas batu di tengah sungai berkenaan.

Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan jam 5.51 petang selepas lokasi berkenaan dipastikan selamat. - Getaran, 4 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar