Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Kedah Meningkat, Melaka, Perlis Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 11:56AM

Keadaan di Kampung Alor Semelor, Tajar, yang dilanda banjir berikutan hujan lebat semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Melaka dan Perlis semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan pagi ini, namun di Kedah jumlah mangsa terus mencatatkan peningkatan.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Alor Gajah terus mencatat penurunan kepada 95 mangsa daripada 26 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 149 mangsa daripada 38 keluarga, 4 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata semua mangsa berkenaan ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah serta Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.

Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal membabitkan 26 orang daripada 10 keluarga, SJKC Sin Wah (49 mangsa daripada 12 keluarga) manakala di Dewan Japerun Durian Tunggal (20 mangsa daripada empat keluarga), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua mangsa merupakan penduduk yang terjejas di enam kawasan di daerah berkenaan iaitu Kampung Padang Keladi, Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Pekan Durian Tunggal, Taman Murai Jaya dan Kampung Padang Kerbau.

Di PERLIS, hanya satu PPS masih dibuka di Arau bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan sejak Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Mohammad Hazam Ismail, 12 keluarga melibatkan 42 individu ditempatkan di PPS SK Arau setakat 8 pagi tadi.

"Semalam dua PPS dibuka, tapi hari ini satu sudah ditutup iaitu di Masjid Kampung Banggol Sena dan penduduk sudah pulang ke rumah masing-masing kerana air telah surut," katanya.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di KEDAH meningkat kepada 754 orang pagi ini berbanding 665 mangsa pada petang semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata setakat 8 pagi tadi semua mangsa yang terdiri daripada 205 keluarga ditempatkan di 13 PPS di lima daerah.

Beliau berkata satu lagi PPS dibuka di daerah Kubang Pasu di SK Malau pada 11 malam tadi yang menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga dan beberapa PPS lain turut menyaksikan peningkatan mangsa yang dipindahkan.

"Seramai 141 mangsa dipindahkan di Kubang Pasu yang terdiri daripada 36 keluarga dan setakat ini dipindahkan ke tiga PPS di daerah itu sementara Baling mencatat 15 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

“Di daerah Kota Setar, 272 mangsa daripada 79 mangsa dipindahkan ke empat PPS dan 34 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pokok Sena manakala 292 mangsa daripada 72 keluarga dipindahkan ke dua PPS di daerah Pendang, katanya dalam kenyataan.

Di JOHOR, daerah Pontian melibatkan kawasan Kampung Paya Embun dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata keadaan itu menyebabkan sebuah PPS di SK Melayu Raya dibuka pada 9 malam tadi bagi menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga. - Bernama

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Semasa 11 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Semasa 11 jam yang lalu

Liga Malaysia Diteruskan Dengan Jaminan Keselamatan

oleh Fida Ruzki