web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suruhanjaya Bebas Perlu Ditubuh Tangani Isu Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:06AM

Doktor kontrak di seluruh negara akan menjalankan protes secara aman kali kedua Disember depan, jika tuntutan yang dikemukakan tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan. Protes kali pertama diadakan pada 26 Julai lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu suruhanjaya bebas wajar ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci isu membabitkan golongan doktor kontrak di Malaysia.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, tindakan diambil kerajaan terhadap pegawai perubatan awam terbabit ketika ini tidak memberi sebarang kesan positif yang mampu memastikan kerjaya mereka terjamin.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Tegas beliau, pelbagai pendekatan proaktif perlu dilaksanakan bagi memastikan doktor kontrak dapat diserap ke dalam perjawatan tetap  dengan segera.

“Satu suruhanjaya boleh ditubuhkan kerana isu ini sudah terlalu lama dan pelbagai perbincangan telah pun dibuat. Jadi, kerajaan kena lihat semula, masih ada ruang buat kerajaan membantu mereka.

“Suruhanjaya bebas itu akan dapat meneliti dengan lebih mendalam serta melakukan perbincangan bersama doktor kontrak dalam mendengar cadangan daripada mereka bagi menyelesaikan isu ini kerana sudah terlalu lama berlanjutan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Getaran semalam melaporkan, doktor kontrak di seluruh negara akan menjalankan protes secara aman kali kedua Disember depan, jika tuntutan yang dikemukakan tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan.

Ia susulan pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilihat gagal menyelesaikan isu membabitkan golongan berkenaan di negara ini.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A Aziz berkata, pihaknya menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada, dan memohon penjelasan terperinci berhubung kriteria pelantikan.

Gerakan itu juga melalui kenyataan media di Twitter malam tadi memaklumkan, tiada langkah tanggungjawab penuh diambil kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, malah tawaran diberikan juga tidak masuk akal dan sekadar membuang masa.

Mengulas lanjut, Dr Zainal mengharapkan agar sistem kesihatan awam tidak terjejas jika mogok tersebut diteruskan oleh Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

“Mereka boleh lakukan rundingan dan meluahkan ketidakpuashatian bersama kerajaan baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Apapun, tindakan itu tidak boleh menjejaskan perkhidmatan, nyawa orang ramai dan sebagainya. Kita pun tidak boleh menolak permintaan yang doktor kontrak mahukan daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak menolak pandangan bahawa negara bakal kekurangan tenaga pakar dan berdepan sistem kesihatan yang mundur pada masa depan jika isu doktor kontrak tidak diselesaikan dengan segera oleh pihak berwajib.

Pada masa sama Dr Zainal menegaskan, sistem dan kualiti kesihatan bakal menurun, sekali gus memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Melihat situasi sistem kontrak di Malaysia, ramai doktor yang merasakan bahawa masa depan mereka untuk mendapatkan kepakaran tidak dijamin.

“Ini akan memberi kesan kepada negara di masa hadapan kerana tidak ramai anak-anak muda nanti yang mahu menjadi doktor atau menyertai perkhidmatan kesihatan awam. Jadi, kepakaran kita pastinya akan terjejas,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen baru-baru ini mengumumkan, kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatan kontrak bagi 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk tempoh maksimum empat tahun, berbanding dua tahun ketika ini.

Ia bertentangan dengan desakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini, yang menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak atau baharu, selain pemberian hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah. – Getaran, 3 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad