web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pajakan Ladang Tennamaram Diputus Di MTES Dalam Waktu Terdekat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 8:05PM

Juwairiya Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sedang menjalankan siasatan dalaman berkaitan isu pajakan tanah di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya, Kuala Selangor. 

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, berkata, sebuah Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) telah ditubuhkan 3 Mei lalu bagi melaksanakan semakan terperinci terhadap Syarikat Biasan Suria Sdn Bhd dan Syarikat Trillion Project Sdn Bhd.

"Dalam pada segala prosedur telah dipatuhi oleh semua pihak bertanggungjawab, beberapa pertimbangan sedang dibincangkan. 

"Ini bagi memuktamadkan keputusan yang boleh menjamin penyelesaian secara menang-menang untuk semua pihak," katanya hari ini. 

Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati menegaskan, penyelesaian bagi isu terbabit telah ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19. 

"Perkara itu akan diputuskan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam masa terdekat," katanya. 

April lalu, sekumpulan peneroka Ladang Tennamaram melakukan demonstrasi aman bagi meminta campur tangan kerajaan Selangor menyelesaikan isu tanah itu yang diusahakan mereka sejak 1965 dan kini dipajak kepada dua syarikat.

Kerajaan negeri Selangor didakwa tidak mengadakan perbincangan dengan peneroka sebelum memberikan pajakan kawasan seluas 800 hektar berkenaan.

Tanah itu hanya diketahui disewakan kepada syarikat swasta, selepas pekerjanya mula membuat laluan masuk ke ladang berkenaan pada tahun lalu. 

Namun, Juwairiya menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, kerajaan negeri memandang serius tuduhan tersebut dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak akan sama sekali melindungi mana-mana pesalah demi menjunjung prinsip luhur reformasi yang berteraskan ketelusan serta akauntabiliti kepada semua. - Getaran, 28 Oktober 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad