web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Melaka: SPR, KKM, MKN Sedang Muktamad SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 11:49AM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum hari penamaan calon pada 8 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika ini SPR, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memuktamadkan penambahbaikan SOP pencegahan COVID-19 bagi PRN itu.

“Isu kesihatan, keselamatan dan pelaksanaan pilihan raya menjadi keutamaan dengan mengambil kira situasi COVID-19 ketika ini. SOP ini disesuaikan selaras dengan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai langkah diambil pada PRN Melaka dalam mengelak peningkatan kes positif COVID-19 seperti yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini.

Wan Junaidi berkata SPR juga sedang membuat persiapan meliputi aspek seperti keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem dan latihan kepada petugas bagi menghadapi PRN pada 20 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sementara itu Wan Junaidi berkata SPR membuat penambahan 218 lagi saluran mengundi daripada 1,156 saluran di 248 pusat mengundi bagi mengelak kesesakan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang mahukan kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan SOP antara pihak kerajaan dan pembangkang, Wan Junaidi berkata beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Kabinet akan datang bagi meminta menteri untuk tidak memintasi SOP yang ditetapkan.

“Jadi kalau SOP ini dilaksanakan oleh satu pihak, mesti juga dilaksanakan pihak lain,” katanya. - Bernama

-

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad