web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trauma Setiap Kali Hujan, Kerajaan Dirayu Bertindak Segera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Oct 2021 9:27PM

Lumpur memenuhi bahagian dapur rumah Zaitun Abdullah susulan banjir kilat di Yan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat selama beberapa jam semalam, diakui kembali mengingatkan penduduk di sekitar Gunung Jerai kepada tragedi kepala air, 18 Ogos lalu. 

Menurut penduduk Seberang Pekan Yan, Zaitun Abdullah, 67, kejadian kira-kira jam 7 petang itu benar-benar menyebabkan dia trauma memandangkan ini kali ketiga rumahnya dimasuki air sejak 18 Ogos lalu. 

Zaitun dibantu abangnya, Abd. Wahab Abdullah, 73, membersihkan rumah mereka di Seberang Pekan Yan, hari ini.
Zaitun dibantu abangnya, Abd. Wahab Abdullah, 73, membersihkan rumah mereka di Seberang Pekan Yan, hari ini.

Katanya, kejadian semalam menyebabkan rumahnya dinaiki air hingga ke paras pinggang dengan beberapa barangan termasuk dua peti ais, hanyut dari dapur ke ruang tamu akibat arus deras. 

"Terus terang cakap, sekarang ini saya dan keluarga memang merasa ragu-ragu terhadap keselamatan kami di sini. Ini kali ketiga rumah kami dimasuki air dalam tempoh kira-kira dua bulan pada tahun ini setelah kali pertama pada 18 Ogos lalu. 

"Selepas rumah dimasuki air pada jam 7 petang semalam, saya sempat membersihkan rumah sedikit demi sedikit setelah air surut. Namun pada jam 11 malam, air kembali naik dan untuk kali kedua itu, saya hanya biarkan saja kerana sudah tidak larat untuk berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini. 

Nathiroh Nayan
Nathiroh Nayan

Sementara itu jirannya, Nathiroh Nayan, 60, mendakwa, hujan yang bermula kira-kira pukul 5 petang semalam dirasakan lebih lebat berbanding kejadian pada 18 Ogos lalu. 

"Bezanya kali ini lumpur yang dibawa banjir itu agak kurang berbanding sebelum ini. Kalau sebelum ini, ramai juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bantu tetapi kini, takkanlah kami nak harapkan mereka lagi? 

"Memang takut sebenarnya untuk tinggal di rumah setiap kali tibanya hujan. Apabila hujan saja, saya dah telefon kawan-kawan yang tinggal berdekatan kaki Gunung Jerai bagi bertanyakan keadaan di sana supaya kami boleh bersiap sedia dengan segala kemungkinan," katanya. 

Tambahnya, kalangan penduduk amat mengharapkan supaya kerajaan dapat mengambil langkah segera bagi mendalamkan sungai di kawasan itu seperti dijanjikan, agar kejadian tersebut tidak lagi berulang.

"Sejak saya kecil, kejadian seperti ini biasanya hanya berlaku setahun sekali. Tetapi apabila sudah berlaku terlalu kerap seperti ini, sudah tentu kami risau dengan bimbang mengenai tahap keselamatan penduduk di sini," katanya. - Getaran 21 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar