web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Qunut Nazilah Hanya Untuk Musuh Islam - Ahmad Fauwaz

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 1:40PM

Ahmad Fauwaz Fadzil Noor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ternyata begitu popular mutakhir ini, gara-gara kenyataan ‘pedas’ beliau yang mahu menyusahkan hidup golongan anti vaksin.

Sebegitu hangatnya reaksi diterima, nama beliau disebut-sebut bagaikan artis ternama yang menjadi sanjungan jutaan peminat.

Jika sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ‘diserang’ golongan anti vaksin, kali ini giliran Khairy pula menerima tempiasnya.

Sebegitu marahnya mereka dengan Khairy, ada yang menyarankan supaya bacaan doa Qunut Nazilah dibuat ke atas beliau dan penyokong vaksin COVID-19, agar Allah SWT membalas ‘kezaliman’ dilakukan.

Menerusi tangkap layar doa kumpulan itu yang tersebar di media sosial, semua pengikut anti vaksin diminta supaya membacakan doa itu selepas solat fardu setiap hari dan ketika melakukan solat sunat tahajud pada waktu malam.

Tangkap layar doa kumpulan anti vaksin yang tersebar di media sosial.
Tangkap layar doa kumpulan anti vaksin yang tersebar di media sosial.

Ahli Persatuan Ulama Sedunia, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan sesama umat Islam.

“Doa sedemikian tidak digalakkan dalam Islam. Apabila kerajaan melaksanakan benda yang baik, jadi hasil kita katakan reactive reaction daripada itu, satu benda yang tidak sepatutnya dilakukan, kerana ia bukan datang daripada musuh Islam.

“Doa Qunut Nazilah tidak sesuai untuk pemimpin sesama Islam kerana kita sepatutnya mendoakan hidayah buat mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kerajaan berhak menggunakan ketegasan terhadap golongan tersebut yang dilihat semakin berani menyebarkan dakyah songsang mereka.

“Pendekatan sedemikian (kekerasan) salah satu hak kerajaan. Walaupun sebahagian pimpinan tak setuju,tapi kerajaan berhak memilih kekerasan sekiranya mendapati ia maslahah besar.

“Bagi saya ini bukan isu agama atau politik tapi isu maslahah dunia. Jadi kerajaan boleh mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghasut orang ramai daripada menerima vaksin COVID-19,” katanya.

Ahmad Fauwaz yang juga Pengerusi Markaz Al Qarahdaghi berkata, keengganan untuk divaksin tidak sepatutnya timbul memandangkan ulama di seluruh dunia berpendapat, pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting dan harus bagi mencegah penularan wabak itu.

“Perkara ini sudah difatwakan bukan sahaja oleh 14 mufti tetapi beratus-ratus mufti di seluruh dunia.

“Bagi saya pertikaian ini satu benda yang menjemukan kerana kita tidak keluar daripada lingkaran fatwa. Sepatutnya kita tak bincang fatwa tapi bincang sudut penguatkuasaan kerana data menunjukkan daripada 26,000 jangkitan, ia berkurangan kepada 5,000 kes sahaja,” katanya.

Justeru beliau mencadangkan, kerajaan bersemuka dengan kumpulan terbabit bagi mengetahui masalah dan keadaan yang mendorong mereka menjadi anti vaksin.

“Saya mencadangkan kerajaan supaya mereka bertemu, duduk semeja. Itu lebih baik daripada kita cakap di akhbar.

“Tak perlu panggil semua tapi panggil ‘tokoh-tokoh’ yang menolak vaksin sahaja untuk sampaikan mesej kepada mereka,” katanya.

Menyifatkan kumpulan anti vaksin mempunyai gerakan yang kuat, Ahmad Fauwaz menasihati rakyat supaya tidak terpengaruh dengan hasutan golongan terbabit.

“Kalau tak ada gerakan berkepentingan, orang takkan buat benda tu (menghasut). Mereka sebenarnya ada gerakan yang kuat.

“Sebab itu kita nak masyarakat Malaysia faham, ini bukan isu politik atau isu agama tapi isu maslahah dunia. Sekarang kita berada di fasa pemulihan negara, jadi jangan buang masa dengan golongan ini. Saya dari awal lagi menyokong kerajaan supaya tegas dalam soal ini. Saya sendiri pun sudah memperjuangkan isu vaksin sejak dari 2014 lagi,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan tersebut turut mendakwa Khairy menggunakan tangkal bagi melindungi dirinya.

Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau membalas sinis dakwaan tersebut.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” katanya dalam satu hantaran di Instagram. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Qunut Nazilah Untuk Musuh Islam, Bukan Untuk Sesama Sendiri - Pejabat Mufti

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar