web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tahu Tentang Penyelewengan Dana YAB sejak 2014 - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:41PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

“Malah, pendakwaan berani katakan bahawa tertuduh bertekad untuk menjadikan Mejar Mazlina sebagai kambing hitam bagi menutup kesalahannya.

“Kami berhujah bahawa tertuduh perlu bertanggungjawab atas tindakan Mejar Mazlina. Berdasarkan keterangan, jelas bahawa beliau hanya mengikut perintah ketika menyediakan cek terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan dalam perbicaraan Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.

Raja Rozela berkata keterangan yang dikemukakan pendakwaan ialah pengeluaran cek YAB oleh Mazlina dibuat dalam pengetahuan dan berdasarkan arahan tertuduh dan kenyataan bahawa Ahmad Zahid tidak mengetahuinya adalah tidak benar. 

Beliau berkata Mazlina menyediakan cek itu atas arahan tertuduh, sama ada cek yang ditandatangani atau dicap bagi membayar kad kredit atau membeli insurans dan cukai jalan.

Timbalan Pendakwa Raya itu berkata Mazlina adalah seorang saksi yang boleh dipercayai malah tindak-tanduknya adalah konsisten dengan anggota tentera yang mematuhi arahan pegawai atasannya.

“Kami berhujah amat mudah untuk menghargai hakikat bahawa Mazlina berterus-terang dalam maklum balasnya kepada peguam semasa disoal balas. Beliau sedia mengakui kesilapannya dan tidak berusaha untuk mencantikkan keterangannya. 

“Beliau konsisten dalam keterangannya berhubung kebenaran dan kelulusan yang diberikan tertuduh kepadanya berhubung penggunaan cek YAB serta cap tandatangan Ahmad Zahid. Pendek kata, keterangan beliau tetap utuh sepanjang tiga peringkat pemeriksaan,” katanya.

Raja Rozela juga berhujah bukti yang dikemukakan secara langsung, keadaan persekitaran dan berdokumen mewajarkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan.

Beliau berkata berdasarkan hujah dan bukti yang dikemukakan, satu kes prima facie telah dibuktikan dengan jelas berhubung kesemua 12 pertuduhah pecah amanah jenayah terhadap tertuduh. 

“Kami telah membuktikan bahawa tertuduh memiliki mens rea yang diperlukan untuk melakukan kesalahan itu melalui bukti yang dikemukakan secara langsung, dan dengan mengguna pakai anggapan statutori mengikut Seksyen 409B Kanun Keseksaan.

“Tertuduh juga telah menyeleweng dana YAB yang terdapat dalam akaun semasa dan tujuh akaun simpanan tetap yang diamanahkan kepadanya,” kata beliau.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit wang milik YAB. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar