web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 27.13 Peratus Pelajar Agama, Tahfiz Dan Pondok Pulau Pinang Divaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 1:43PM

Norlela Ariffin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menggesa ibu bapa dan waris anak-anak yang belajar di sekolah agama, tahfiz dan pondok pengajian Islam di negeri ini, untuk hadir secara jumpa terus di 10 buah pusat pemberian vaksin (PPV) yang masih beroperasi bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Norlela Ariffin berkata sehingga semalam, hanya 27.13 peratus daripada 5,654 pelajar dari tiga jenis sekolah itu telah menerima vaksin dan jumlah tersebut disifatkan sangat rendah.

“Hanya 1,534 pelajar atau 27.13 peratus telah menerima vaksin manakala 4,120 pelajar di tiga jenis sekolah tersebut masih belum menerima suntikan. Saya minta ibu bapa atau waris mereka untuk segera membawa anak-anak bagi mendapatkan vaksin, kerana sekolah juga akan mula dibuka bagi sesi pembelajaran secara bersemuka tidak lama lagi.

“Lagipun 10 buah PPV yang beroperasi sekarang akan ditutup bermula awal bulan depan, jadi jika pelajar-pelajar tidak mendapatkan suntikan segera kami bimbang mereka perlu mendapatkan di klinik swasta yang kemungkinan dikenakan caj bagi perkhidmatan berbanding di PPV yang hanya percuma,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut beliau mengikut Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), vaksinasi pelajar di tiga jenis sekolah itu diuruskan oleh keluarga masing-masing, dan vaksin yang diberikan kepada golongan remaja ialah Pfizer-BioNTech.

Norlela berkata seramai 85.9 peratus atau 121,489 daripada 141,500 golongan remaja di Pulau Pinang telah menerima vaksin dos pertama dan mereka juga mula menerima dos kedua sejak semalam.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 126,452 orang adalah pelajar dari 400 buah sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan seramai 112,126 atau 89.3 peratus telah menerima suntikan dos pertama.

“Jadi saya juga minta golongan remaja berusia 12 tahun ke atas yang belum terima suntikan agar hadir segera di PPV yang masih beroperasi untuk terima suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada 40,000 petugas barisan hadapan dan 482,000 warga emas dan pesakit komorbid di Pulau Pinang dengan segera.

“Ini untuk perlindungan tambahan kepada mereka supaya tidak berlaku peningkatan kes COVID-19 kategori tinggi terutama selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad