web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Mabuk Didenda RM10,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:24PM

V. Pobalan didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana memandu dalam keadaan mabuk, Sabtu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori kontena didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini setelah mengaku bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk pada Sabtu lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, V.Pobalan, 33, di hadapan Majistret, Nurul Ainna Ahmad yang turut memerintahkan pemuda tersebut dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8.53 malam, 2 Oktober lalu di Kilometer 106.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Arah Selatan.  

Kadar alkohol dalam badan tertuduh didapati berada pada paras 163MG/100ML, sekali gus melebihi had ditetapkan iaitu  50MG/100ML.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd. Fakruzi Ismail sementara tertuduh diwakili peguam, Tengku Hezrul Anuar Tengku Abdul Samad.

Getaran sebelum ini melaporkan, Pobalan bertindak biadab apabila secara agresif cuba merampas kad pengenalan daripada anggota polis yang sedang mengeluarkan saman terhadapnya.

Tindakan saman itu dibuat setelah dia gagal memberi alasan jelas berhubung tindakan memberhentikan lori kontena dipandunya di lorong kecemasan, yang menjadi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari, lelaki itu turut merakam gambar anggota polis terlibat manakala kandungan alkohol dalam badannya didapati melebihi had ditetapkan sebaik ujian dijalankan.  - Getaran 5 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad