web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hotel Mewah Diarah Tutup, Lebih 50 Pekerja Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:49PM

Dr. Othman Warijo - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah hotel terkemuka di Langkawi ditutup buat sementara setelah lebih 50 pekerjanya didapati positif COVID-19 baru-baru ini.  

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, penutupan itu dibuat secara sukarela oleh pihak pengurusan hotel berkenaan bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, penularan penyakit itu mempunyai kaitan dengan Kluster Dah Teluk Nibung di pulau legenda itu.

"Sehingga hari ini, seramai 249 orang telah disaring dengan 59 daripadanya positif, manakala 192 lagi disahkan negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan.

"Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki bermula dari komuniti dan merebak di tempat kerja. Kluster ini dikategorikan sebagai kluster tempat kerja," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan mengumumkan kemunculan kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi.

Tambahnya, semua kontak rapat telah dikenal pasti dan melakukan ujian saringan serta diarahkan menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO) selama 10 hari.

"Penularan jangkitan adalah terkawal dan setakat ini tiada dalam kalangan pengunjung hotel berkenaan didapati dijangkiti COVID-19. Kes ini juga dikenal pasti bermula dari penularan tempatan.

"Difahamkan terdapat empat kumpulan pengunjung di situ telah pun keluar dari hotel berkenaan. Penularan kini hanya melibatkan kakitangan dan ahli keluarga mereka," katanya. - Getaran 4 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar