web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekan Karak Terbakar, Lebih 50 Kediaman, Kedai Musnah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 2:47PM

Lebih 50 rumah dan kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Cina, Karak, dekat Bentong, malam tadi. - Gambar ihsan MCA Bentong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejumlah 48 kediaman dan lapan kedai pelbagai jenis musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira tiga jam di Kampung Baru Cina, Karak dekat Bentong, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohd Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.20 malam dan sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak ditugaskan ke lokasi.

Katanya, kebakaran itu membabitkan jumlah premis yang banyak, sehingga memaksa pasukan bantuan dari BBP Mentakab, BBP Bentong dan BBP Temerloh turut bergegas ke lokasi bagi mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lain. 

"Berdasarkan semakan dan pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian, pihak kami mendapati terdapat 48 rumah dan lapan kedai musnah serta rosak teruk dalam kebakaran itu, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Setakat ini, kita belum dapat jumlah sebenar penghuni yang terbabit dalam kejadian itu," katanya hari ini.

Menurut Wan Mohd Zaidi, 52 anggota dan pegawai bomba serta tujuh jentera dikerah memadam kebakaran dengan dibantu 90 anggota polis, tentera serta anggota bomba sukarela, selain turut dibantu ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal serta dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 12.20 tengah malam tadi dan sehingga kini, kerja memadamkan sisa kebakaran masih dijalankan.

Difahamkan, kira-kira 150 individu dikatakan terbabit dalam kebakaran itu dan sebahagian daripadanya kini ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Karak serta ada yang menumpang di kediaman ahli keluarga lain. 

Getaran diberitahu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka meninjau lokasi kebakaran petang ini. 

Ho Sin Kuan melihat sisa bangunan rumah dan kedai milik keluarganya yang musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ho Sin Kuan melihat sisa bangunan rumah dan kedai milik keluarganya yang musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam pada itu, seorang mangsa, Ho Sin Kuan, 39 tahun ketika ditemui berkata, kediaman dan kedai warisan keluarganya musnah sepenuhnya dalam kejadian malam tadi. 

"Tiada apa lagi yang tinggal, rumah dan kedai warisan keluarga musnah sekelip mata. Kami hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja, lain-lain barangan (berharga) tidak dapat selamat. 

"Sekarang kami tinggal sehelai sepinggang dan menumpang di rumah saudara. Saya sangat buntu ketika ini, tidak tahu apa nak buat, harap ada pihak boleh bantu kerana sebelum ini pun (perniagaan) kami terjejas teruk akibat COVID-19," katanya yang turut memaklumkan kedai diusahakan keluarganya itu sudah berusia lebih 60 tahun. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad