web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Foodpanda, Rezeki Tatkala Pandemik

Walaupun nampak mudah, penghantar makanan ada liku-liku yang tersendiri. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran.

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:00AM

Adrian sedang menunggu makanan untuk dihantar kepada pelanggan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lima minit sebelum syif kerjanya bermula, Adrian Abdul Arif, 42, terus membuka aplikasi mudah alih Foodpanda yang tersedia dimuat naik dalam telefon pintarnya. Ada beberapa ruangan perlu diisi oleh Adrian; antaranya ialah suhu badan dan kategori penunggang.

Bacaan suhu menjadi salah satu prasyarat berkerja yang ditetapkan oleh Foodpanda sejak dunia bergelut dengan virus Covid-19, awal tahun lepas. “Okay suhu saya 36.3 selsius, sudah sukat di rumah tadi,” ujar Adrian sambil menaip angka tersebut pada telefonnya. 

Dalam profilnya, Adrian dikategorikan sebagai penunggang hantaran makanan tidak halal. Kategori tersebut bagaimanapun tidak bermakna beliau dan penunggang hantaran lain, yang juga dikenali sebagai rider, hanya menghantar makanan tidak-halal semata-mata. 

Adrian Abdul Arif
Adrian Abdul Arif

"Ada yang salah faham. Sebenarnya kategori ini membolehkan rider mengambil pesanan daripada peniaga kecil yang tidak mampu memohon sijil halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), malah, saya jarang dapat pesanan makanan tidak halal. 

“Kalau dapat pun, kami dibekalkan dengan dua beg pemanas yang berasingan untuk setiap kategori makanan,” ujar Adrian yang sudah tiga tahun berkerja dengan Foodpanda. 

Telefon Adrian bergetar sejurus selepas dia mendaftar masuk kerja di titik mula iaitu Restoran Siti Zubaidah, mengikut ketetapan Foodpanda  kepada rider yang berkerja di Setapak, untuk syif 10:30 pagi hingga  1:30 petang, dua minggu lalu. 

“Ada pesanan masuk,” kata Adrian sambil tersenyum. Beliau segera menjawab, bimbang tugasan itu direbut rider lain. Tugasan pertama Adrian ialah menghantar lima bungkus roti canai dan roti bom, serta sebungkus milo ais dari restoran Al Majunah yang terletak tiga minit dari kedudukan beliau ketika itu. 

Pesanan yang sudah diambil itu kemudian disahkan di dalam aplikasi Foodpanda, sebagai pemberitahuan bahawa ia bakal dihantar kepada pelanggan. 

“Kena sahkan (dalam sistem) yang saya sudah mengambil pesanan. Lepas itu, barulah alamat pelanggan akan dipaparkan,” jelasnya. 

Disebabkan jarak pelanggan yang amat hampir, Adrian memilih untuk menghantar pesanan dengan hanya berjalan kaki, apatah lagi masa yang diperlukan cuma sekadar lima minit. 

“Berjalan kaki lebih mudah. Bukan sahaja dekat, tetapi saya juga tidak perlu risau untuk mencari parkir,” katanya. 

Wartawan Getaran, Zaidi Azmi (kiri) meluangkan masa selama sehari bersama Adrian
Wartawan Getaran, Zaidi Azmi (kiri) meluangkan masa selama sehari bersama Adrian

Adrian menerima upah sebanyak RM5.70 untuk tugasan itu, dan ia dapat dilihat pada aplikasi berkenaan. Menurut beliau, rider kelas kedua lazimnya menerima upah bermula dari RM6 untuk setiap penghantaran dan ia berbeza mengikut jarak. 

“Seperti biasa, semakin dekat lokasi, semakin kurang upah diterima dan begitulah sebaliknya,” katanya. Foodpanda dibarisi enam kategori penunggang hantaran makanan, dengan kadar upah berbeza. 

Upah bagi kelas satu bermula dari RM7, RM6 untuk kelas kedua, RM5 bagi kelas ketiga dan masing-masing RM4.50 untuk kelas keempat, kelima serta keenam. Bapa kepada dua anak itu menerima upah sebanyak RM5.78 untuk penghantaran kedua. 

Tugasan ketiga beliau pada hari itu adalah menghantar satu set takoyaki yang dipesan daripada seorang peniaga kecil, dikenali sebagai Zeppin Takoyaki. “Peniaga ini beroperasi dari rumah, jadi kalau saya mendaftar sebagai rider makanan halal, saya tak akan dapat menerima pesanan seperti ini,” katanya selepas penghantaran di sebuah pangsapuri di Setapak. 

Menjelaskan lebih lanjut Adrian berkata, penunggang bagi kategori makanan halal hanya akan menerima pesanan dari restoran yang memiliki pensijilan halal JAKIM. Tugasan kelima yang diterima pada hari itu bagaimanapun membuatkan Adrian ketawa. 

“Ada orang pesan mi goreng babi, dah lama saya tak dapat pesanan macam ini,” katanya. Pesanan berkenaan diletakkan dalam beg pemanas khusus untuk makanan tidak halal, dan ia adalah satu syarat penting yang perlu sentiasa dipatuhi. 

“Tak boleh bercampur-aduk. Makanan yang tak halal perlu diletak di dalam beg kelabu manakala yang lain, dalam beg berwarna merah jambu,” katanya.  

Sepuluh minit sebelum tamat syif bekerja, Adrian memilih untuk mengambil pesanan terakhir, membabitkan sebuah rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Baharu Air Panas, Setapak. 

“Setiap Jumaat memang saya sengaja susun jadual supaya kurang padat. Macam hari ini, tujuh pesanan dan satu syif sahaja. Rider boleh mengatur jadual sendiri tetapi ia perlu dilakukan awal seminggu. 

“Saya pernah menghantar 30 pesanan sehari dan ia adalah tugasan terbanyak setakat ini. Foodpanda sebenarnya tidak meletakkan sebarang sasaran dari segi jumlah penghantaran. Semuanya bergantung kepada kemahuan rider

“Kalau mahu pendapatan lebih, kenalah buat kerja lebih. Jadi rider, jiwa jangan cepat terguris, mental jangan cepat koyak” katanya ikhlas. – Getaran, 29 Januari 2021  

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

TARA 2 tahun yang lalu

Foodpanda Hargai ‘Riders’ Terbaik Dengan Cabaran ‘Rider Supermarket Sweep’ 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad