Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Foodpanda Hargai ‘Riders’ Terbaik Dengan Cabaran ‘Rider Supermarket Sweep’ 

Acara foodpanda yang mendebarkan ini mencabar ‘riders’ terbaik untuk berlumba di celah-celah lorong pasaraya MYDIN dan mengisi troli dengan barangan runcit tertentu dalam masa tiga minit.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 12:00PM

Rider yang mengambil bahagian, Wong Wei Sheng dan ahli keluarga yang turut serta dalam cabaran 3 minit ‘Supermarket Sweep’ di MYDIN, Bukit Mertajam, Penang. - Gambar Foodpanda

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap majikan punya cara tersendiri untuk menghargai setiap pekerja. Ada yang menganjurkan acara makan malam, ada yang memberi bonus perayaan, ada yang memberikan hadiah sempena ulangtahun kelahiran dan ada juga yang membawa pekerja bercuti. 

Foodpanda mengambil pendekatan menyeronokkan untuk menghargai ‘riders’ mereka. Jika anda  merupakan kanak-kanak di era 80-an, pasti pernah menonton program TV popular dari Amerika, ‘Supermarket Sweep’, di mana peserta berlumba di celah-celah lorong pasaraya untuk mengisi troli mereka dengan barang-barang tertentu.

Foodpanda menjadikan program ini sebagai inspirasi. Sebagai salah satu platform penghantaran makanan dan barang runcit yang popular Malaysia, Foodpanda telah bekerjasama dengan MYDIN untuk mengadakan acara 'Supermarket Sweep' sendiri sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada ‘riders’ terbaik mereka. Acara ini diadakan serentak di empat cawangan MYDIN di seluruh negara.

Seramai 25 ‘riders’ terbaik dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Cabaran 'Supermarket Sweep’ yang diadakan di MYDIN, rangkaian pasaraya dan kedai runcit Halal terbesar di Malaysia. 

Mereka dipilih secara teliti berdasarkan prestasi dan tempoh perkhidmatan mereka yang luar biasa . Dengan membawa sebuah troli kosong, setiap peserta diberikan elaun membeli-belah sebanyak RM1,500 dan jam yang mengira mundur selama tiga minit.

Setiap peserta bergegas melalui lorong-lorong di cawangan MYDIN di Subang Jaya, Bukit Mertajam, Johor Bahru, dan Kuching selepas waktu operasi biasa kedai MYDIN. Seluruh pasar raya besar tersebut dibuka khas untuk mereka sebagai ganjaran atas perkhidmatan cemerlang mereka menghantar makanan dan barangan keperluan lain kepada pelanggan Foodpanda.

Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, acara yang dianjurkan ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap kerja keras yang dicurahkan oleh pekerja barisan hadapan mereka ini.

Peserta cabaran 3 minit Supermarket Sweep dengan mereka troli beli-belah masing-masing yang dipenuhi dengan barangan. - Gambar Foodpanda
Peserta cabaran 3 minit Supermarket Sweep dengan mereka troli beli-belah masing-masing yang dipenuhi dengan barangan. - Gambar Foodpanda

"Di Foodpanda, kami sentiasa mencari cara untuk melibatkan dan memberi ganjaran kepada tenaga kerja barisan hadapan kami yang luar biasa. Cabaran ‘Rider Supermarket Sweep’ ini dirancang untuk meraikan kerja keras dan dedikasi pemandu kami dengan sedikit cabaran yang menyeronokkan. Ia adalah pengalaman yang benar-benar unik yang mempamerkan kemahiran, kelajuan, dan semangat mereka.”

“Dengan meraikan kerja keras dan dedikasi mereka ini, Cabaran ‘Rider Supermarket Sweep’ ini menambah elemen kejutan yang menarik dalam industri penghantaran makanan. Pada masa yang sama, kami berterima kasih kepada MYDIN atas sokongan mereka dalam menjayakan acara ini," ujar beliau.

Sementara itu, peserta Abdul Qahhar bin Abdul Razak, 28, turut meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang ‘rider’ terbaik.

"Pertama sekali, saya terkejut apabila dipilih untuk acara ini kerana saya tidak menyedari prestasi saya, jadi saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini. Apabila saya mengetahui bahawa alat elektronik seperti televisyen dan telefon pintar tidak dibenarkan untuk dimuatkan ke dalam troli, saya memberi tumpuan untuk mengisi troli saya dengan barang-barang yang dapat bertahan beberapa bulan seperti lampin bayi, beras, dan minyak masak semasa cabaran tiga minit ini,” ujarnya 

"Nasihat saya kepada rakan-rakan ‘rider’ yang lain adalah untuk melakukan tugas anda dengan betul dan cekap. Senang sahaja untuk mencapai perkara ini, dan jika anda menunjukkan prestasi yang baik, anda akan dapat memperoleh lebih banyak. Sentiasa pastikan kualiti kerja anda terkawal dan berikan yang terbaik,” tambah Abdul Qahhar lagi.

Seorang lagi peserta, Wong Wei Sheng, 36, pula berkata: "Saya berasa sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dipilih untuk menyertai permainan ini. 

“Sejak menyertai Foodpanda pada November 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menghargai fleksibiliti dan pembayaran mingguan yang memberikan pendapatan yang konsisten, sama ada saya bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Apabila saya mendapat tahu bahawa saya dipilih, saya berasa terkejut, tetapi turut berasa bangga,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023 

Saksikan detik-detik menarik daripada Rider Supermarket Sweep di sini pandariders.my/supermarket_sweep/!

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Foodpanda Laksanakan Pengecilan Pekerja, Penghantar Makanan Tak Terbabit

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Zoo Negara Lepasi Sasaran, Catat Hampir 600,000 Pengunjung

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penjurian Anugerah Drama Sangat 2021 Dilakukan Secara Hibrid

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM