Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjurian Anugerah Drama Sangat 2021 Dilakukan Secara Hibrid

Menerusi 11 kategori yang dipertandingkan, dua kategori utama berdasarkan undian 100% penonton adalah Drama Popular dan Drama Terbaik, manakala Drama Popular pula 100% undian juri.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 4:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebanyak 11 kategori bakal dipertandingkan di acara malam kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) yang buat julung kalinya dianjurkan TV3 dan bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 18 Disember ini, jam 9 malam. 

Menerusi 11 kategori yang dipertandingkan itu, dua kategori utama berdasarkan undian 100% penonton iaitu Drama Popular dan Drama Terbaik, manakala Drama Popular pula 100% undian juri.

Kesemua kategori yang dipertandingkan itu terdiri daripada Drama Terbaik (undian juri 100%), Drama Popular (undian dalam talian 100%), Pengarah Terbaik (juri 100%), Penulis Skrip Terbaik (juri 100%), Pelakon Lelaki Terbaik (juri 60% dan dalam talian 40%) serta  Pelakon Wanita Terbaik (juri 60% dan dalam talian 40%). 

Kategori lain termasuklah Pelakon Antagonis Terbaik (juri 60% dan dalam talian 40%), Pasangan Drama Terbaik (dalam talian 100%), OST Terbaik (dalam talian 100%), Drama Adaptasi Novel Terbaik (dalam talian 100%) dan Babak Tular Drama Terbaik (dalam talian 100%).

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, ADS 2021 diadakan bagi menghargai warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan. 

“Pada masa sama, ia memberi peluang kepada semua kaki drama untuk menunjukkan kesetiaan mereka terhadap artis serta pengkarya seni yang berjaya menambat hati mereka menerusi drama-drama yang dipertandingkan,” katanya, 

ADS 2021 yang ditaja Foodpanda akan disiarkan secara strim langsung di tonton dan YouTube TV3 serentak dengan penganjuran malam kemuncak. Acara ini akan dihoskan oleh Nabila Huda dan Ain Edruce. 

Manakala, penyampai anugerah terdiri daripada Azhan Rani, Izzue Islam, Nabila Razali, Redza Rosli, Sharifah Rose, Erra Fazira, Aaron Aziz, Zul Ariffin, Fify Azmi, Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Hisham Hamid dan Scha Elinnea. 

Bagi segmen persembahan pula, ADS 2021 akan dijayakan penyanyi hebat Dato’ Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Khai Bahar, Cassia, Cat Farish, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Stacy, Ismail Izzani, MK dan Noki

Dramaa yang tercalon dalam ADS 2021 disiarkan di TV3 sejak Januari 2020 hingga Jun 2021. Penjurian dilakukan secara hibrid iaitu menggunakan penjurian juri profesional dan undian dalam talian oleh penonton. Bagi kategori undian dalam talian, ia telah berlangsung pada 1 Oktober dan berakhir 20 November lalu.

Antara drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 adalah '7 Hari Mencintaiku 2'  terbitan SR One Sdn Bhd, 'Melastik Ke Hatimu' (OrangeTree Production Sdn Bhd), 'Takdir Yang Tertulis' (Radius One Sdn Bhd), 'Budak Tebing' (Country d& Universal Sdn Bhd) dan 'Sabarlah Duhai Hati' (Suhan Movies dan Trading Sdn Bhd). 

Turut tersenarai adalah drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' (Zeel Production Sdn Bhd), 'Bidadari Salju' (Primeworks Studios dan  A. Aida Production Sdn Bhd), 'Kampung People 2' (KL Motion Pictures Company Sdn Bhd), 'Pink Smile' (Creative Skill Solution Sdn Bhd) dan 'Hati Yang Tersakiti' (Art Ornament Sdn Bhd).

Untuk menghangatkan lagi suasana ADS2021, YouTube TV3 Malaysia turut menyiarkan empat episod babak-babak viral yang menjadi sebutan netizen menerusi lakonan semula (parodi). 

Antara drama yang terlibat dalam 'Parodi Drama Dalam Drama' ini adalah 'Kampung People 2', 'Takdir Yang Tertulis', '7 Hari Mencintaiku 2' dan 'Adellea Sofea'.

ADS2021 turut ada lagu dan video muzik berjudul 'Drama Sangat' yang diilhamkan Shazee Ishak dan dinyanyikan Stacy, Ismail Izzani serta Noki. Muzik video ini boleh dilayari di YouTube TV3 Malaysia.

Menjelang malam kemuncak ADS 2021, TV3 selaku penganjur turut mewujudkan ‘IG Live’ Ada Apa Belakang Skrin bersama penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon-pelakon tempatan. 

Barisan pengkarya itu terdiri daripada Fadzil Teh yang ke udara pada 8 Disember lalu, jam 9 malam, Wan Hasliza(9 Disember, 8.30 malam), Shahrulezad Mohameddin dan Nad Zainal (11 Disember, 9 malam), Jamal Khan (13 Disember, 8.30 malam), Feroz Kader dan Jalena Rejab (14 Disember, 8.30 malam). 

Tidak ketinggalan ikuti perkongsian sutradara Shuhaimi Lua malam ini (15 Disember, 8.30 malam) serta Pali Yahya dan Amyra Rosli (16 Disember, 8.30 malam).

Maklumat terkini berkaitan ADS2021 boleh diperolehi dengan melayari Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 serta Instagram rasmi Drama Sangat.

 Layari laman sesawang xtra dan gunakan #AnugerahDramaSangat serta #LagiDramaLagiRasa untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial! - Getaran, 15 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

MTE 2024 Hubungkan Idea dan Inovasi Untuk Peminat Teknologi 

2

Politik 2 bulan yang lalu

Warga Indonesia Di Malaysia Tunai Tanggungjawab Mengundi Sempena Pemilu 2024

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran