web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Longgar, Pengurusan Lembab, Nelayan Kuala Kedah Dihimpit Derita

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:41PM

Terdapat penduduk di Kuala Kedah yang mendakwa terpaksa menggantung bendera putih akibat kesempitan hidup. - Gambar dari Facebook Penduduk Kuala Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Baru tiga hari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kuala Kedah, penduduk di situ terutamanya komuniti nelayan, sudah mula merasa tersepit. 

Tinjauan di media sosial mendapati, terdapat hantaran daripada individu di kawasan terlibat yang sudah mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan. 

Selain itu, muncul pula video daripada seorang nelayan warga emas yang mendakwa mereka hilang punca pendapatan kerana hasil tangkapan tidak boleh dipasarkan, berikutan larangan pemborong serta pembeli runcit memasuki kawasan itu. 

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari mengakui, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan nelayan berikutan prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang didakwa masih belum jelas. 

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah berkata, ketika ini rata-rata nelayan difahamkan mereka tidak boleh turun ke laut selagi belum menjalani ujian saringan COVID-19 selain perlu mendapatkan kebenaran polis. 

"Kalau boleh turun ke laut pun, pemborong tidak boleh masuk ke sini untuk mengambil ikan di pelantar manakala pasar pun belum dibuka dengan keadaan kini sunyi sepi. Jadi semua ikan itu hendak jual ke mana?

"Sehingga ke hari ketiga ini, masih ramai yang keliru tentang apa yang boleh, dan apa yang tak dibenarkan. Penduduk bukan marah polis kerana mereka hanya jalankan tugas tetapi masalah sekarang ini disebabkan oleh SOP PKPD yang masih tak jelas," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini. 

PKPD di kawasan tersebut bakal berlangsung selama dua minggu bermula Isnin lepas, hingga 19 September depan. 

Justeru katanya, kerajaan diharap segera mengeluarkan garis panduan secepat mungkin bagi menyuraikan kekeliruan penduduk. 

Dr. Azman Ismail
Dr. Azman Ismail

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail ketika dihubungi jelas tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang dianggap lembab dalam menangani keadaan itu. 

"Sampai hari ketiga tak ada SOP rasmi atau penjelasan. Nelayan tak dapat keluar tetapi tiada bantuan makanan yang sampai, malah orang nak masuk bagi bantuan pun tak boleh. 

"Jika itu keadaannya ditambah pula dengan kedai yang tak dapat bekalan, dah tentulah orang marah. Kita fahamlah PKPD ini untuk mengawal penyakit tetapi keadaan makin sukar dan bantuan kena dipercepatkanlah,'' katanya. 

Menurutnya, jika ada yang menganggap bantuan tidak diperlukan kerana pelaksanaan PKPD masih di peringkat awal, itu adalah tanggapan yang salah. 

"Kena ingat akan keadaan rakyat yang ada antaranya sudah berbulan-bulan tidak bekerja. Datang pula PKPD ini mungkin akan lebih menghimpit. 

"Hendak beli barang keperluan pun, tidak cukup stok di Kuala Kedah ini, Semua itu perlu difikirkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik di sepanjang PKPD ini," katanya. - Getaran 8 September 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad