web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institut Latihan Memandu Dibenar Beroperasi Mulai Khamis Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:09PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi mulai Khamis ini (9 Sept) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini.

Beliau berkata walaupun ILP dibenarkan beroperasi pada tarikh itu, proses pengujian untuk mendapatkan lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September ini.

“Ini bagi membolehkan institut memandu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ka Siong berkata kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN berfasa yang berkuat kuasa.

Beliau berkata pekerja, tenaga pengajar dan calon perlu lengkap menerima vaksin COVID-19 dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan manakala institut pula hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

“Sekiranya 40 peratus pekerja ILP telah lengkap menerima vaksin, institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja. Jika 60 peratus lengkap divaksin, institut boleh beroperasi dengan 80 peratus pekerja.

“Syarikat juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus sekiranya 80 peratus pekerja lengkap menerima dua dos vaksin,” katanya.

Ka Siong berkata mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) dan sedang menjalani perintah kuarantin tidak dibenarkan hadir ke ILP.

Katanya, semua kakitangan dan calon perlu mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan melaksanakan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan.

Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali institut memandu akibat pandemik COVID-19, Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan memutuskan pemberian moratorium selama tiga bulan iaitu hingga 30 Nov ini bagi keperluan pembaharuan permit institut memandu yang tempoh sah laku permitnya tamat antara Januari hingga September 2021.

“Diharapkan dengan pengoperasian semula ILP ini dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha ILP atau institut memandu, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan,” katanya sambil mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad