web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Bisu Dan Pekak Hilang Dari Rumah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 7:58AM

Usaha mengesan Muhammad Fayyafh Ukasyah dijalankan oleh Bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9) polis di Taman Kinta Baru, Gopeng sejak malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai hilang dari kawasan perumahannya di Taman Kinta Baru di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fayyafh Ukasyah Abd Wahid,6, dipercayai hilang dari rumahnya kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Getaran difahamkan, kanak-kanak terbabit ialah individu kelainan upaya (OKU) pendengaran, pertuturan dan hiperaktif.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.29 malam bagi membantu usaha pencarian mangsa bersama polis.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari mangsa.

“Operasi pencarian kini giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia dan bantuan agensi-agensi lain.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan difahamkan seorang yang hiperaktif, bisu dan pekak,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, perkembangan pencarian mangsa akan dilaporkan dari masa ke masa. - Getaran, 7 September 2021

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar