web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Negara Derhaka - Majlis Presiden PH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 12:15PM

PH mendesak agar Idrus meletak jawatan. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendirian Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung ketidakperluan untuk usul undi percaya dilakukan ke atas Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat akan datang sebagai satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, keperluan supaya usul itu dibuat telah dititahkan secara jelas oleh Seri Paduka Baginda semasa krisis kepimpinan yang diakhiri dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“PH mendesak Peguam Negara meletak jawatan kerana beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi juga mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

“Penting diingatkan bahawa Peguam Negara telah hadir, menjadi saksi malah telah mendengar sendiri titah Seri Paduka Baginda sewaktu sesi menghadap (yang diperkenankan ketika krisis tersebut pada bulan lalu),” kata majlis berkenaan hari ini.

Kenyataan bersama tersebut turut mempersoalkan logik dan kewarasan Idrus yang berkata, kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen.

Serentak dengan itu, Majlis Presiden PH, terdiri daripada  Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Setiausaha-Agung DAP Lim Guan Eng  menasihati Ismail Sabri untuk tidak mengguna pakai nasihat diberikan Idrus.

“Jika beliau memilih untuk menuruti nasihat Idrus tersebut, maka Ismail Sabri akan mengikuti jejak langkah mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebabkan ketidakstabilan politik apabila hilang keabsahan dalam pentadbiran.

“Penggunaan usul undi percaya bagi memberi kesahihan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat bukan satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara,” kata majlis itu lagi.

Undi percaya jelas Majlis Presiden PH, pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12  hari selepas Datuk Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak dan pada 3 November 2003, iaitu tiga hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PH menjunjung titah Seri Paduka Baginda bahawasanya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan Perdana Menteri kesembilan memiliki kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang bermula 13 September ini,” tegas majlis. - Getaran, 5 September 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad