Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19, Undang Kisah Duka Peniaga Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 6:47PM

Aini Abd Majid bersama barang-barang jualannya di Kampung Pinang, Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0)  sejak dikuatkuasakan 13 Januari lalu memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat, khususnya golongan yang perlu berjuang untuk sesuap nasi, demi meneruskan kelangsungan hidup.

Bukan sekadar ancaman dari aspek kesihatan, kehadiran COVID-19 dari Wuhan, China ini menggoyahkan setiap perincian kehidupan, sekali gus muncul sebagai kejutan besar terhadap peradaban manusia.

Dengan penularan di hampir seluruh pelusuk dunia, virus maut tanpa penawar itu pantas merobek dan menghancurkan kebiasaan yang dijalani sebelum ini, memaksa semua penduduk bumi beralih kepada amalan norma baharu.

Pelitup muka dan cecair pencuci tangan muncul sebagai dua instrument penting yang wajib ada, meskipun tatkala meluang waktu senggang bersama keluarga.

Dari aspek ekonomi, tidak dapat disangkal lagi COVID-19 adalah ‘malaikat maut’ yang membunuh keupayaan peniaga dari sektor perusahaan kecil sederhana (PKS) untuk terus kekal dinamik dalam menggerakkan perniagaan mereka.

Ramai yang terpaksa menukar konsep perniagaan, tidak kurang beralih arah kepada bidang lain, semata-mata untuk memastikan mata pencarian mereka tidak berkubur.

Untuk yang masih bertahan, pandemik ini nyata satu ujian maha hebat, menduga kekuatan hati dan kesabaran demi memastikan diri mampu untuk terus berjuang.

Sekumpulan peniaga kecil yang menjual produk makanan tradisi di sini tidak terlepas dari ujian COVID-19, apabila pendapatan mereka terjejas teruk dek penurunan mendadak bilangan pelancong ke negeri bersejarah itu. 

Jika sebelum ini, premis jualan produk tempatan seperti cencaluk, belacan dan gula melaka di sekitar Kampung Pinang, Batang Tiga itu meriah dengan deretan kereta pelanggan, apa yang tinggal kini hanyalah suasana sepi, dihiasi kicauan burung dan semilir angin petang.

Pelaksanaan PKP 2.0 dan larangan merentas negeri atau daerah membuatkan perniagaan mereka seakan menanti rebah, malah ada yang terpaksa menutup sumber rezeki itu lantaran majoritinya hanya bergantung harap dengan kehadiran pelancong dan pengunjung dari luar.

Suasana yang dahulunya meriah dengan kehadiran pelanggan yang singgah memborong pelbagai produk sebagai buah tangan untuk keluarga dan kenalan kini hanya tinggal kenangan, walaupun pada cuti umum atau hujung minggu.

Aini Abd Majid, 62, berkata, walaupun situasi ini perit untuk dilalui, beliau masih terus berniaga seperti biasa bagi mencari sedikit belanja.

Katanya, stok barang yang ada perlu dihabiskan untuk mengelak dari terpaksa menanggung kerugian jika terbiar tidak dijual.

“Kalau tak dijual, lama-kelamaan pelbagai barangan ini akan mencapai tarikh luput dan rosak begitu sahaja.

“Dari terbiar dan perlu menanggung kerugian, saya putuskan untuk terus berjual seperti biasa, untung-untung ada pelanggan singgah membeli,” katanya kepada Getaran.

Wanita separuh usia yang sudah berniaga lebih 30 tahun itu berkata, beliau sudah cukup bersyukur sekiranya hasil jualan mencecah RM20 atau RM30 sehari.

“Nilai ini mungkin kecil bagi orang lain tapi untuk saya pada waktu-waktu begini, amat besar nilainya.

"Sebelum ini pelanggan ramai dari luar seperti Johor, Selangor dan Kuala Lumpur namun PKP 2.0 menghalang mereka untuk datang. Mujur ada penduduk setempat yang membeli,” katanya.

Menurut Aina, pandemik COVID-19 mengubah perniagaannya secara drastik apabila ada antara stok barangan terpaksa dibuang begitu sahaja selepas gagal dijual.

“Dahulu, bekalan produk jualan sentiasa ditambah, malah ada ketikanya stok pada pembekal turut kehabisan, tapi kini ada yang terpaksa disedekah kepada jiran bagi mengelakkan ia bersimpan terlalu lama,”katanya sedih.

Junaidah Maarof memeriksa barang jualannya di Kampung Pinang, Melaka
Junaidah Maarof memeriksa barang jualannya di Kampung Pinang, Melaka

Seorang lagi peniaga, Junaidah Maarof, 43, berkata, gerai jualannya baru sahaja dibuka selepas ditutup sejak sekian lama, dengan harapan stok barangan dapat dihabiskan.

"Produk jualan seperti cencaluk, belacan dan ikan masin boleh disimpan lama sekiranya disimpan dengan betul namun kerepek serta dodol perlu dihabiskan untuk mengelakkanya daripada rosak.

"Untuk mengelak daripada menanggung kerugian, saya hanya mengambil stok dalam kuantiti yang sedikit kerana hanya bergantung kepada pelanggan tempatan,” katanya.

Walau sekadar membeli sebotol cencaluk atau sebungkus belacan, Junaidah mengakui hatinya cukup gembira kerana pembelian sekecil itu membantu perniagaannya untuk terus bernafas.

“Debu bagi orang lain, segunung emas nilanya buat kami. Dalam keadaan serba sukar seperti sekarang, kejayaan menjual sebotol cencaluk atau sebungkus cukup menggembirakan, bagaikan saya berjaya menjual seketul intan,” katanya. – Getaran, 20 Februari 2021

stok yang diambil hanya dalam kuantiti yang sedikit dan kami peniaga kini bergantung kepada pelanggan setempat, walaupun ada harinya hanya sebotol cencaluk atau sebungkus belacan yang dijual ianya amat mengembirakan," katanya. - Getaran, 20 Februari 2021
 

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 21 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Luar Negara 21 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki