Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taktik Terbongkar, Minyak Masak Subsidi, Petrol Seludup Dirampas 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 7:30AM

Taktik penyeludup menggunakan lori mengangkut pasir, tanah dan batu untuk menyeludup minyak masak bersubsidi berjaya dikesan pihak berkuasa di Pengkalan Haram Mat Yih, Jeram Perdah, semalam. - Gambar ihsan pembaca

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Penyeludup di negeri ini menemui taktik baharu untuk mengelakkan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa, apabila beralih kepada penggunaan lori tanah, pasir dan batu bagi membawa masuk barangan.

Helah mereka bagaimanapun tidak bertahan lama selepas sebuah lori ditahan di Stor Pangkalan Haram Mat Yih, Jeram Perdah di sini, 7 petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati kenderaan tersebut membawa 2,482 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi.

Katanya, serbuan dengan kerjasama  Pasukan Polis Marin, Wilayah 3 Pengkalan Kubor, Tumpat dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 itu berjaya merampas kesemua minyak masak dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan RM106,205.

"Sebelum serbuan, kita membuat risikan terlebih dahulu dan mengesan pemunggahan minyak masak paket bersubsidi seberat satu kg setiap bungkus ke atas sebuah lori keluar dari sebuah premis pembungkus minyak masak berlesen di Pasir Putih.

"Pasukan operasi mengekori lori tiga tan itu dari Pasir Putih menuju ke sempadan negara iaitu di sebuah pangkalan haram di Pasir Mas," katanya di sini.

Azanizam berkata, pemeriksaan mendapati, lori berkenaan digunakan sebagai pengangkut barangan seludup iaitu paket minyak masak bersubsidi.

"Kesemua 2,482 kg minyak masak itu diletakkan di bahagian belakang lori, manakala pemilik barangan serta kenderaan terbabit sudah melarikan diri sebaik menyedari pergerakannya diekori.

"Pasukan membuat penyitaan barangan dan kenderaan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut," katanya. 

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam perkembangan lain Azanizam memberitahu, pihak berkuasa juga berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran dan merampas 540 liter bahan bakar bernilai RM1,100 yang diisi dalam tong jerikin sebuah kereta di Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Minyak itu dipercayai dipunggah dari stesen minyak berhampiran sempadan negara.

"Namun, pemandu kenderaan berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan pemeriksaan menemui 18 tong jerikin berisi petrol dengan anggaran sebanyak 540 liter dalam but belakang kenderaan tersebut," katanya.

Azanizam berkata, petrol terbabit disita untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

"Orang ramai dinasihatkan menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki terdapat sebarang aktiviti penyeludupan berlaku khususnya di kawasan sempadan," katanya. - Getaran, 1 September 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Politik 18 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000