web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GRS Gagal Tangani COVID-19, Kes Melonjak, Vaksinasi Terendah - Shafie Apdal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:42AM

Shafie Apdal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa gagal memberi komitmen dalam menangani pandemik COVID-19 di Sabah, hingga mengakibatkan kes melonjak di negeri itu.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah kini mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi di Malaysia.

Menurut beliau, ia semakin buruk apabila kadar vaksinasi negeri itu adalah yang terendah di seluruh negara.

"Sehingga 26 Ogos, jumlah kes positif di negeri ini mencecah 3,487 dan statistik menunjukkan sejak bulan lalu purata mingguan jangkitan meningkat sebanyak 266 peratus.

"Situasi ini amat membimbangkan apatah lagi kadar vaksinasi di Sabah masih terendah dengan hanya 51.8 peratus menerima satu dos vaksin berbanding purata vaksinasi negara yang mencecah lebih 75 peratus," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, GRS sering mendakwa berupaya mengawal situasi COVID-19 di negeri ini, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya, malah bekalan vaksin juga tidak mencukupi.

"Kadar jangkitan harian terus meningkat, lebih teruk lagi apabila kanak-kanak kecil dan bayi turut termasuk dalam statistik tersebut, seolah-olah tiada usaha yang dilakukan untuk mencari apa sahaja jalan bagi memastikan rakyat Sabah terus divaksin," katanya.

Tambahnya, GRS juga tidak membuat gesaan terhadap kerajaan Persekutuan, bagi mempercepatkan penghantaran vaksin ke Sabah.

"Saya turut dimaklumkan penggunaan ventilator untuk pesakit berumur 60 tahun ke atas amat terhad kerana keutamaan diberikan kepada pesakit muda yang mempunyai peluang sembuh lebih tinggi.

"Sudah tentu kerajaan sepatutnya mampu untuk membeli lebih banyak mesin bagi menyelamatkan nyawa," katanya.

Mohd Shafie berkata, lebih banyak pusat rawatan boleh diwujudkan seperti Kem Tentera Lok Kawi dan Sepanggar yang memiliki ruang mencukupi sebagai hospital alternatif kerana lengkap dengan pakar perubatan sendiri.

"Rakyat Sabah tidak patut dilayan seperti ini. Dalam hal ini, GRS perlu membuat keputusan mutlak mengutamakan nyawa penduduk Sabah," katanya. - Getaran, 28 Ogos 2021
 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar