web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Imun

Terdapat makanan tertentu yang boleh membantu anda menguatkan sistem imun. Ambillah makanan berkhasiat agar tubuh badan tidak mudah jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika anda tidak mengamalkan pengambilan suplemen.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jul 2021 2:30PM

Gambar: Dan Gold, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjalani rutin harian di musim pandemik membuatkan kita sentiasa berjaga-jaga dengan tahap kesihatan. Jika dahulu demam, selesema dan sakit tekak tidak pernah menimbulkan panik, tapi di tahun 2021 ini lain halnya. Hati mula gundah, bimbang ada virus yang menumpang. 

Jadi, apa sahaja yang boleh dilakukan untuk diri sendiri? Terdapat makanan tertentu yang boleh membantu anda menguatkan sistem imun. Ambillah makanan berkhasiat agar tubuh badan tidak mudah jatuh sakit, lebih-lebih lagi jika anda tidak mengamalkan pengambilan suplemen. 

Rancang diet harian dan cuba masukkan 6 makanan ‘powerful’ ini yang membantu meningkatkan sistem imun badan. 

Gambar: Monika Grabkowska, Unsplash
Gambar: Monika Grabkowska, Unsplash

1) Buah-buahan sitrus

Kebanyakan orang akan mengambil suplemen vitamin C setelah mereka demam. Ini kerana ia membantu membina sistem imun anda. Vitamin C dianggap dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan kunci untuk melawan jangkitan.

Hampir semua buah sitrus kaya dengan vitamin C. Antara pilihan yang ada ialah oren, limau gedang, lemon, limau dan tangerin.

Memandangkan tubuh badan tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, jadi anda memerlukan vitamin C setiap hari untuk kesihatan yang berterusan. Jumlah harian yang disyorkan untuk kebanyakan orang dewasa adalah 75 mg untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki.

Sekiranya anda lebih suka mengambil suplemen, elakkan daripada mengambil lebih daripada 2,000 miligram (mg) sehari. 

Fakta penting, walaupun vitamin C dapat membantu anda sembuh dari selesema dengan lebih cepat, belum ada bukti bahawa ia berkesan terhadap COVID-19.

Gambar: Tyrrell Fitness And Nutrition, Unsplash
Gambar: Tyrrell Fitness And Nutrition, Unsplash

2) Brokoli

Brokoli merupakan salah satu sayuran paling sihat yang boleh diletakkan di pinggan anda. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, dan E, serta tinggi dengan serat dan antioksidan.

Cara terbaik untuk menikmati brokoli ialah dengan memasaknya dengan seringkas mungkin, atau lebih bagus lagi tidak perlu dimasak. Kajian menunjukkan bahawa mengukus adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan lebih banyak nutrien dalam makanan.

Gambar: Leigh Skomal, Unsplash
Gambar: Leigh Skomal, Unsplash

3) Bayam

Bayam bukan hanya kaya dengan vitamin C, malah ia juga mewah dengan antioksidan dan beta karotena, di mana kedua-duanya boleh meningkatkan kemampuan sistem imun memerangi sebarang jangkitan. Bayam juga memudahkan penyerapan vitamin A ke dalam tubuh badan.

Sama seperti brokoli, bayam paling sihat apabila dimasak dengan seringkas mungkin untuk mengekalkan nutriennya.

Gambar: Tijana Drndarski, Unsplash
Gambar: Tijana Drndarski, Unsplash

4) Bawang putih

Tidak sukar memasukkan bawang putih dalam diet harian anda kerana ia sering digunakan dalam masakan terutamanya untuk menumis.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu untuk membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Ia telah digunakan berkurun lamanya sehingga dikenali sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai antibakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.

Gambar: Pranjall Kumar, Unsplash
Gambar: Pranjall Kumar, Unsplash

5) Betik

Betik merupakan salah satu buah yang juga tinggi dengan kandungan vitamin C. Anda boleh mendapatkan vitamin C harian (seperti yang disyorkan) daripada sebiji betik bersaiz sederhana. Betik juga mempunyai enzim pencernaan yang dinamakan papain yang mempunyai kesan anti-radang.

Betik mempunyai jumlah kalium, magnesium, dan folat yang banyak, semuanya bermanfaat untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Gambar: Sentot setyasiswanto, Unsplash
Gambar: Sentot setyasiswanto, Unsplash

6) Halia

Halia sangat kaya dengan bahan kimia semula jadi yang boleh membantu memperbaiki tahap kesihatan anda. Walaupun masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk lebih memahami dan membuktikan keberkesanan tumbuhan ini untuk kesihatan, namun terdapat beberapa manfaat halia untuk kesihatan yang tidak dapat dinafikan.

Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, ia dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

Selain itu ia juga boleh dijadikan home remedy untuk mencegah penyakit biasa seperti demam, selesema dan batuk kerana sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh. Bahkan, ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

FAKTA PENTING :

Tiada suplemen yang boleh menyembuhkan atau mencegah penyakit. Dengan wabak COVID-19 yang sedang mengganas ketika ini, adalah sangat penting untuk memahami bahawa tiada makanan tambahan (suplemen) atau diet yang boleh menjamin anda selamat daripada jangkitan.

Ingat! Patuhi SOP, amalkan penjarakan sosial, dan amalan kebersihan yang betul untuk memutuskan rantaian virus pembunuh ini. - Getaran, 26 Julai 2021

Rujukan : MOH.gov.my

                Healthline.com

               Doctoroncall.com.my

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN