web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Senarai Bisnes Makanan Online Anda Boleh Terjah Sepanjang Lockdown!

Santai ketika 'lockdown' bersama seisi keluarga memerlukan makanan yang sedap-sedap. Ini ada beberapa cadangan untuk anda. Pesan 'online' saja. Mudah!

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 3:21PM

Gambar: Instagram @Mentaiko4u dan @ovenhighland

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila dah berkumpul dengan ahli keluarga semasa lockdown ini, rugi kalau masing-masing hanya duduk di dalam bilik. 

Inilah masanya untuk merapatkan kembali jalinan kasih-sayang sesama ahli keluarga yang jarang sekali bercakap dari hati ke hati. Mana tidaknya, kita sibuk menjalani rutin kita sehari-hari. 

Memandangkan tak boleh ke mana-mana, apa kata anda gunakan peluang yang ada untuk melakukan aktiviti bersama-sama. 

Pilih satu hari untuk anda berkumpul anak-beranak dan adakan aktiviti santai seperti menonton filem beramai-ramai di ruang tamu rumah. Nak jadikan ia lebih seronok, mestilah kena ada hidangan yang sedap-sedap.

Walaupun tak boleh nak keluar dan makan di restoran, jangan risau sebab ada banyak peniaga online yang bersedia menjual menu-menu yang sama lazatnya sepanjang lockdown ini. 

Secara tak langsung, kita juga boleh menyokong usahawan kecil ini untuk memajukan perniagaan mereka. Berikut ialah cadangan menu dari beberapa peniaga online yang anda boleh cuba di sekitar Lembah Klang.

 

 

Nasi Mentai

Jika anda peminat makanan Jepun, pasti anda pernah dengar Mentai Rice iaitu telur ikan yang diasinkan serta dicampur dengan mayones. 

Bagi melengkapkan hidangan, sos mentai ini kemudian diadun bersama kepingan salmon, ayam atau tuna. Mentaiko4u menyediakan juadah ini bersama-sama sushi inari bermula dari harga RM4.

 

 

Pavlova

Nak sambut hari ulang tahun kelahiran ibu anda minggu ini? Apa kata anda cuba pavlova enak dan manis dari Instagram bakewithkish. Menyediakan pavlova pelbagai saiz dengan taburan strawberi dan hirisan kiwi di atasnya. 

 

 

Kimchi, Jajangmyeon, Gimbap, Teokbokki

Nak adakan makan malam bertemakan Korea? Tak ada masalah sebab anda boleh dapatkan kimchi pelbagai perisa dari Kokuma Kimchi.

Dikatakan sebagai kimchi buatan tangan no. 1 Malaysia, anda boleh dapatkannya dari harga serendah RM15. Tidak terhad kepada kimchi, anda juga boleh dapatkan juadah Korea yang lain seperti Jajangmyeon, Gimbap dan Tteokbokki.

 

 

Kek pisang

Mak anda penggemar kek pisang yang lengkap dihidang bersama-sama air teh? Ini dia kek pisang panas dari ketuhar Anggun Home Bake. Anda juga boleh memilih topping kesukaan anda, sama ada coklat atau pisang. 

 

 

Scone

Rindu nak makan scone di ladang teh Cameron Highland? Ha, anda juga masih boleh menikmati scones sedap siap dengan jem strawberi dari Oven Highland. Selebriti laman sosial Khairul Aming sendiri yang cadangkan kepada semua sebab katanya memang sedap betul. Anda boleh cari mereka menerusi Telegram di sini.

Baiklah, selamat membeli dan menjamu selera! Bila dah makan, jangan lupa bersenam dan jaga kesihatan sepanjang lockdown ini ya. - Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek