web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Atasi Mengantuk Dengan Pisang

Pisang. Buah murah mudah didapati ini ternyata banyak khasiatnya untuk semua golongan. Mari belajar serba sedikit tentangnya.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 9:10AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Secara umum, khasiat yang terkandung di dalam setiap biji buah pisang matang adalah seperti berikut, kalori 99 kalori, protein 1.2 gram, lemak 0.2 gram, karbohidrat 25.8mg, serat 0.7 gram, kalsium 8mg, fosforus 28mg, besi 0.5mg, vitamin B 0.08mg, vitamin C 3mg dan air 72 gram. 

Untuk mendapatkan manfaatnya, pilihlah pisang yang sudah matang yang kulitnya hijau kekuning-kuningan. Pisang matang lebih mudah dicerna kerana gula buah boleh diubah menjadi glukosa semula jadi dan ia lebih cepat menyerap ke dalam peredaran darah.

Dari segi kesihatan, pisang mampu membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin. Kandungan B6 dan B12 yang terdapat di dalam pisang membantu untuk meneutralkan pengaruh nikotin. Selain itu, pisang juga dapat mengatasi anemia kerana ia mengandungi zat besi yang cukup banyak.

Jika anda sering menguap atau mengantuk, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi banyak kalium, oleh itu ia dapat mengembalikan kadar kalium dalam tubuh dan melancarkan penghantaran oksigen ke otak. Selain itu, pisang juga sangat baik untuk ibu mengandung. Kandungan asid folik di dalam pisang mudah diserap oleh janin, juga baik bagi perkembangan sistem saraf janin. 

Berikut antara kebaikan pisang kepada kesihatan:-

1) Mengawal berat badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu skim setiap hari dalam masa tiga minggu. 

Selain itu, diet pisang membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milkshake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

2) Sebagai sumber tenaga

Pisang boleh dicerna dengan mudah. Gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

Gambar: Anna Trazevich, Pexels
Gambar: Anna Trazevich, Pexels

3) Baik untuk wanita yang hamil

Pisang juga disarankan untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

4) Mempunyai zat besi yang tinggi

Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

5) Atasi masalah cirit-birit

Pisang yang dicampur dengan susu skim boleh dijadikan sebagai ubat penyakit usus. Potassium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat masalah cirit-birit. 

Gambar: Arti Agarwal, Pexels
Gambar: Arti Agarwal, Pexels

6) Memperlambatkan proses penuaan

Salah satu kebimbangan utama wanita adalah penuaan semula jadi di mana kulit mula menjadi kusam, timbul bintik-bintik hitam dan garis-garis halus serta menjadi kurang anjal. Buah pisang mengandungi vitamin C dan B6, yang merupakan antioksidan yang boleh membantu menghindari tanda-tanda penuaan ini.

7) Menjaga Kesihatan Mata

Kandungan antioksidan, seperti vitamin A, C, E, dan karotenoid pada pisang mampu melindungi serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Vitamin A dan C merupakan gizi penting bagi mata maupun kulit. 

Selain itu, kandungan lutein pada pisang juga dapat menurunkan risiko kerosakan mata akibat penuaan.  

8) Menurunkan risiko strok

Kalium yang terkandung dalam buah ini juga boleh membantu menurunkan risiko strok. Terutama di kalangan wanita berusia yang telah melewati masa menopaus. Perihal ini  dibuktikan dalam sebuah penelitian.

Dalam penelitian tersebut didapati bahawa wanita pasca menopause yang rutin mengambil makanan tinggi kalium punya risiko lebih rendah untuk terkena strok berbanding dengan mereka yang sama sekali tidak mengambil makanan berkalium.

Gambar: Eiliv Sonas Aceron, Unsplash
Gambar: Eiliv Sonas Aceron, Unsplash

Tip Penting!

* Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.

* Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi sejenis protein yang membantu seseorang menjadi lebih tenang.

* Jika berasa pening-pening, cara yang paling cepat merawatnya ialah dengan minum ‘banana milkshake’ yang dicampur dengan madu.

Sumber : https://www.klikdokter.com/ https://hellosehat.com/ 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek