Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Glenmarie Hotel & Golf Resort Sedia Lebih Daripada 188 Menu Untuk Buka Puasa

Seleksi menu ini akan ditukar mengikut giliran pada setiap hari sepanjang tempoh promosi.

Selera Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:23AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan bulan yang mewah dengan aneka juadah berbuka menyelerakan. Selain bazar Ramadan, hotel-hotel juga menjadi tumpuan ramai untuk berbuka setelah seharian berpuasa.

Sama seperti kebanyakan hotel lain, Glenmarie Hotel & Resort juga tidak ketinggalan membawakan pelbagai pilihan menu berbuka puasa untuk dinikmati semua.

Membawa tema ‘Selera Kampung’, barisan chef profesional di Kites Restaurant tampil dengan pelbagai masakan unik dan popular seperti masakan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Pulau Pinang. Pilihlah yang kena dengan selera anda!

Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Christoph Voegeli, berkata pihaknya telah menyusun menu dengan teliti yang memberi penghormatan kepada citarasa tradisional yang sering menjadi pilihan utama ketika Ramadan.

“Selain itu terdapat juga hidangan kontemporari untuk kelainan.

“Daripada hidangan pembuka selera sehingga kepada hidangan utama yang lazat dan pencuci mulut yang menarik, kami ingin menjemput anda dan orang tersayang anda ke pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, seleksi menu yang terdiri lebih daripada 188 hidangan termasuk yang disajikan di stesen memasak secara langsung, akan ditukar mengikut giliran pada setiap hari sepanjang tempoh promosi.

Antara hidangan yang tidak boleh dilepaskan ialah Nasi Briyani Kambing, Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tok, Sotong Sumbat Masak Lemak, Ayam Panggang Percik Kelantan, dan makanan laut bakar.

Selain itu, terdapat juga menu popular sepanjang Ramadan iaitu bubur lambuk, dan kuih-muih Melayu seperti kuih ketayap, seri muka, kole kacang, dan talam.

Bufet ‘Selera Kampung’ ini berharga RM138++ untuk dewasa, RM80++ untuk kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun, manakala kanak-kanak berumur di bawah empat tahun boleh makan secara percuma.

Antara kelebihan berbuka puasa di Glenmarie Hotel & Golf Resort ialah, parkir kenderaan adalah percuma dan kemudahan surau tersedia untuk menunaikan solat.

Untuk tempahan, sila hubungi talian +60123999092, +60378025200, atau e-melkan kepada [email protected]. – Getaran, 15 Mac 2024

 Foto : Rahayu MN & Glenmarie Hotel & Golf Resort

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN

Refleksi 21 jam yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN

Gaya 2 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN