Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Makanan Jalanan Istanbul Ikonik Yang Anda Mesti Cuba

Daripada sarapan pagi hinggalah ke makan malam, semua hidangan ini harus anda cuba apabila anda berada di Istanbul.

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 9:10AM

Simit antara makanan jalanan yang patut dicuba jika ke Istanbul.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masakan Turki sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa, dari restoran berbintang Michelin hinggalah ke makanan jalanan.

Menjadi kemestian apabila berkunjung ke Istanbul, untuk mencuba pebagai jenis hidangan yang membuka selera.

Jika tidak, pengembaraaan ke ibu kota ini bagaikan tidak lengkap atau tidak bermakna.

Budaya makanan jalanan Istanbul adalah sesuatu yang mesti diterokai dengan setiap wilayah memberikan cerita rasa yang unik.

Daripada sarapan pagi hinggalah ke makan malam, semua hidangan ini harus anda cuba apabila anda berada di Istanbul.

1. Simit

Satu ruji sarapan Turki yang terkenal di dunia, mungkin merupakan snek jalanan Istanbul yang paling popular dan ada di mana-mana. Simit klasik ialah roti berbentuk cincin yang diliputi bijan. Dengan diameter kira-kira 15 cm (6 inci), ia rangup di bahagian luar dan lembut serta kenyal di bahagian dalam.

Hidangan klasik Istanbul ini dijual di bar snek di feri dan gerai-gerai di tepi jalan. Simit dengan keju dan segelas Teh Turki panas adalah kombinasi sarapan pagi yang cukup sempurna. Pada sebelah petang, hidangan ini lebih sesuai dinikmati dengan 'Ayran', sejenis minuman yogurt sejuk.

2. Döner

Jika anda pernah mengembara ke Eropah, hidangan ini pasti pernah dinikmati untuk pilihan menu halal. Döner, yang bermaksud 'diputar', merujuk kepada gaya memasak daging lembu, kambing atau ayam yang dihiris nipis berperisa yang dipanggang di atas pemanggang menegak.

Walaupun versi atasan hidangan ini menampilkan hirisan daging karamel di atas hamparan nasi, di İstanbul, versi jalanan biasanya dibalut dengan roti leper nipis atau disumbat ke dalam roti gulung dengan salad, tomato dan sos untuk penambah rasa.

3. Kokoreç

Kokoreç merupakan salah satu hidangan Turki yang paling tersendiri, sangat popular di negara ini, terutamanya sebagai snek lewat malam.

Kokoreç dibuat dengan memanggang usus biri-biri yang telah dibersihkan di atas api dan mencampurkan rempah-rempah seperti lada hitam, kepingan cili, thyme dan garam.

Ia biasanya dimakan sebagai sandwic, disajikan dalam gulungan tebal. Campuran Kokoreç juga boleh termasuk tomato dan lada yang dicincang halus dan dimasak.

4. Midye Dolma

Satu lagi hidangan jalanan yang mesti dicuba di İstanbul ialah kupang (mussel) atau midye dolma. Dijual di hampir setiap sudut di İstanbul, snek lazat ini terdiri daripada kupang, yang dicampur dengan nasi, bawang, garam dan rempah ratus dan diletakkan di atas kulit kupang.

Ia biasanya dimakan dengan tangan selepas jus lemon diperah ke atasnya. Tidak sukar mencari midye dolma terutamanya di kawasan kejiranan Taksim, Beşiktaş dan Kadıköy. Seperti kerepek kentang, satu memang tidak cukup!

5. Berangan panggang

Hidangan popular ketika musim sejuk. Pada waktu ini, anda boleh lihat ada banyak gerai bergerak yang menjual buah berangan yang dibakar dalam bara api mula muncul di seluruh bandar.

Sambil menunggu penjual membungkus buah berangan yang dipesan, bolehlah ambil kesempatan memanaskan tangan berhampiran bara api. Penjual buah berangan panggang banyak ditemui di lorong-lorong pejalan kaki di bandar İstiklal, Bağdat dan Bahariye.

  6. Balık-ekmek

Disediakan bersama ikan bakar dan dihidangkan bersama bawang dan sayur-sayuran dalam gulungan roti yang rangup, sandwic ikan ini merupakan hidangan yang tidak dapat dilupakan. Ia merupakan hidangan berkhasiat, sihat dan murah yang mengenyangkan dan kerana itu jugalah ia popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong.

Hidangan menggoda ini mudah ditemui di kawasan kejiranan tepi laut seperti Karaköy dan Eminönü, di mana anda boleh menikmati sandwic anda dengan pemandangan Bosphorus dan Laut Marmara.

7. Kumpir

Mampukah anda menolak kentang panggang yang disumbat dengan mentega dan keju cheddar? Kumpir tidak akan mengecewakan! Kentang besar dibakar, dan bahagian dalamnya dicampur dengan keju cheddar, garam dan mentega.

Pelbagai topping, seperti salad, sosej, dan hiasan lain, ditambah kepada campuran lazat ini. Penggemar hidangan ini mendakwa bahawa penjual terbaik adalah di kawasan kejiranan Ortaköy, di mana beberapa gerai kumpir terletak berhampiran pantai Bosphorus. – Getaran, 7 Januari 2024

Foto : Türkiye Tourism Promotion and Development Agency

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 3 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN